10 Kelebihan Cuckoo XCEL Water Purifier

10 Kelebihan Cuckoo XCEL Water Purifier

 

Penapis air Cuckoo XCEL merupakan produk terbaru yang dikeluarkan oleh Cuckoo pada bulan April 2019 yang lalu.

Penapis air terbaru ini menawarkan pelbagai ciri-ciri menarik pada harga yang berpatutan.

Sebelum ini, harganya adalah RM100 sebulan untuk kontrak Cuckoo Normal Plan.

Sejak 22 Julai yang lalu, Cuckoo telah memperkenalkan Goood Plan bagi produk Cuckoo XCEL ini segaligus menyajikan para pelanggan harga yang lebih rendah dan mampu milik bagi rakyat Malaysia, hanya RM70 sahaja sebulan!

Harga Cuckoo XCEL (Rental Goood Plan): RM85 RM70/bulan x 84 bulan (Obligation Period 60 bulan) – FREE NCS Hingga 84 Bulan

Harga Cuckoo XCEL (Outright): RM3700. FREE NCS 2+1 Tahun

NCS (Natural Care Services): RM550/tahun

penapis air cuckoo xcel water purifier

 

Saya akan kongsikan kepada anda 10 kelebihan sebenar penapis air Cuckoo XCEL dan kenapa ia jadi penapis air yang sangat berbaloi untuk anda miliki sekarang!

1. AIR MINERAL & ALKALI RINGAN

 

Penapis air Cuckoo XCEL ini menghasilkan air yang bermineral dan beralkali ringan pada pH sekitar 7.5 yang mana air yang dihasilakan adalah sangat bersih dan lebih sihat untuk diminum.

Cuckoo menggunakan sistem tapisan Nano Positive Filtration System yang mana ia akan membasmi 99.99% kuman dan bakteria daripada air, dan pada masa sama mengekalkan mineral yang baik untuk tubuh badan.

 

Antara kandungan garam mineral yang terdapat pada air Cuckoo termasuklah Magnesium, Calcium, Pottasium dan Sodium pada kadar yang munasabah dan lebih berkhasiat daripada air suling dan osmosis songsang.

Sekiranya anda lebih menggemari air yang bermineral, maka penapis air Cuckoo adalah pilihan terbaik!

2. TETAPAN AIR 5 SUHU

Ia juga mempunyai tetapan air sehingga 5 suhu air. Antaranya:

a. Air Sejuk

b. Air Panas

c. Air suhu bilik (dingin)

d. Air suhu bilik (biasa)

e. Air suhu bilik (suam)

Kelebihan 5 suhu air ini adalah ia lebih memudahkan anda untuk minum air pada suhu yang anda inginkan dengan mudah dan cepat.

Ia juga dapat memudahkan anda untuk buat air minuman untuk anak-anak anda, mudah nak buat susu.

Pada harga yang mampu milik, anda tak perlu lagi bersusah payah untuk sediakan air minuman di rumah. Cuckoo selesaikan masalah anda!

3. DESIGN MINIMALIS – PUTIH DAN KEMAS JIMAT RUANG

Cuckoo XCEL terbaru ini menawarkan design yang lebih minimalis, semuanya putih dan kelihatan sangat kemas.

Jika anda seorang yang sukakan ruangan dapur yang nampak kemas, bersih, minimalis, moden dan mewah maka penapis air Cuckoo XCEL ini adalah yang sesuai untuk anda.

Ramai pelanggan kami yang memilih Cuckoo XCEL kerana design yang sangat menarik dan minimalis pada harga yang sangat mampu milik.

Penapis air ini pasti akan memberi “Sparks of Joy” kepada anda yang gemarkan rumah yang kemas.

Ia juga lebih “slim” dan menjimatkan ruang berbanding kebanyakan penapis air yang ada dalam pasaran.

Sekiranya anda tinggal di rumah apartment, kondominium atau flat yang mementingkan ruang dan saiz penapis air, ini juga menjadi penapis air yang baik untuk anda miliki. Saiznya hanyalah 220mm x 490mm x 502mm sahaja!

4. DIGITAL TOUCH DISPLAY PENUH GAYA

Cuckoo XCEL menggunakan Digital Touch Display untuk memilih suhu air dan untuk mengeluarkan air.

Terdapat 4 butang utama:

a. HOT

b. ROOM

c. COLD

d. OUT FLOW BUTTON (Tekan ini untuk keluarkan air)

Anda hanya perlu letakkan jari anda pada touch display ini sahaja untuk memilih suhu atau keluarkan air.

Sangat mudah dan sangat bergaya!

5. TANGKI AIR ANTI-BACTERIAL STAINLESS STEEL

Kesemua penapis air Cuckoo menggunakan tangki air Anti-Bacterial Stainless Steel untuk simpanan air dalam tangki.

Kelebihan tangki simpanan air menggunakan bahan ini adalah ia lebih bersih dan lebih mudah dibersihkan setiap kali servis.

Tangki air jenis Stainless Steel ini juga dapat kurangkan kesan daripada keladak dan kekuningan yang melekat pada tangki yang mana biasanya didapati pada tangki air jenis plastik BPA Free.

6. HOT LOCK & BUTTON LOCK FUNCTION (CHILD SAFETY)

Bagi anda yang merisaukan keselamatan anak-anak anda, atau anda risau anak-anak akan bermain dengan penapis air di rumah. Anda tidak perlu risau lagi jika gunakan penapis air Cuckoo XCEL ini.

Ini kerana ia didatangkan dengan 2 fungsi untuk mengunci Touch Panel yang ada penapis air ini iaitu:

a. HOT LOCK – Untuk mengunci butang air panas

b. BUTTON LOCK – Untuk mengunci kesemua Touch Panel yang terdapat pada penapis air ini

Cara untuk mengunci adalah seperti berikut

CARA KUNCI (LOCK) HOT BUTTON?

1. Tekan butang HOT selama 3 saaat untuk kunci fungsi HOT (hingga ia berbunyi)

2. Tekan HOT selama 3 saat untuk unlock fungsi HOT (hingga berbunyi)

CARA KUNCI (LOCK) SEMUA BUTTON?

1. Tekan butang COLD selama 7 saaat untuk kunci semua fungsi (hingga ia berbunyi)

2. Tekan COLD selama 7 saat untuk unlock semua fungsi (hingga berbunyi)

7. SANGAT JIMAT TENAGA ELEKTRIK

Dengan penggunaan tenaga elektrik hanya 100W untuk air sejuk, dan 300W untuk air panas menjadikan penapis air Cuckoo ini antara penapis air yang sangat menjimatkan tenaga elektrik.

Kebiasaan pemanas air memerlukan tenaga elektrik sebanyak 800W hingga 2000W untuk memanaskan air.

Penapis air ini adalah untuk anda yang mementingkan penjimatan tenaga elektrik di rumah.

8. ISIAN AIR SEMULA YANG LAJU – TANPA PEMBAZIRAN AIR

Isian semula air untuk penapis air Cuckoo tanpa ragu adalah sangat laju. 1 cawan air keluar, 1 cawan air baru akan masuk.

Jangan risau. Anda tidak perlu tunggu lama untuk memenuhkan air dalam tangki.

Ini antara sebab mengapa penapis air Cuckoo sangat berbeza berbanding penapis air lain yang berada dalam pasaran.

Walaupun saiz tangkinya yang sederhana, namun anda jimat masa untuk isian air semula dan untuk menyejukkan atau memanaskan air dalam penapis air.

Sistem tapisan Nano Positive Filtration System Cuckoo juga antara sebab mengapa penapis air ini dapat menghasilkan air yang bersih dan telah ditapis dengan cepat tanpa sebarang pembaziran air.

Sebahagian penapis air mempunyai tangki yang jauh lebih besar, namun disebabkan ia menggunakan sistem tapisan yang memerlukan pembuangan air, maka ia mengambil lebih masa untuk memenuhkan tangki air dan menyejukkan/memanaskan air dalam tangki.

9. SERVIS & PERTUKARAN FILTER BERKALA PERCUMA SETIAP 4 BULAN

Penapis air Cuckoo XCEL anda akan dipasang oleh Natural Doctor kami.

Manakala untuk servis pula oleh Cuckoo Natural Doctress (Wanita).

Maka sekiranya anda berkerja dan isteri anda di rumah, anda tidak perlu risau sekiranya Cuckoo datang untuk servis penapis air di rumah!

Setiap individu servis yang hadir ke rumah anda adalah individu profesional yang terlatih dan berseragam lengkap seperti di atas.

Servis berkala diberikan setiap 4 bulan daripada Cuckoo dan setiap kali servis, filter baru akan dipasang.

Filter yang baru akan ditukar setiap kali servis, dan dalam 1 tahun ada 6 batang filter yang akan ditukar.

Beza Cuckoo dengan yang lain adalah Cuckoo tidak membasuh semula (backwash) filter sedia ada, namun Cuckoo akan terus tukar filter yang baru untuk para pelanggan.

10. HARGA BARU – CUCKOO GOOOD PLAN

 

Sebelum ini, harga penapis air Cuckoo XCEL adalah sebanyak RM100/bulan.

Kini dengan promosi baru, kontrak Cuckoo XCEL hanyalah sebanyak RM70 sahaja untuk sebulan bagi kontrak 84 bulan.

Obligation Period pula hanyalah selama 60 bulan bagi kontrak 84 bulan. Bermakna anda tidak diikat hingga 84 bulan dan boleh pilih untuk menamatkan kontrak pada bulan yang ke 60.

Pada harga RM70 ini, anda boleh dapat servis, pertukaran filter dan waranti sehingga 84 bulan secara PERCUMA tanpa sebarang kos tambahan!

Untuk pembelian secara TUNAI pula, harganya hanyalah RM3700 dan hingga 3 tahun servis percuma!

Sebagai penutup, inilah kelebihan Cuckoo XCEL water purifier ini. Jika anda mementingkan penapis air dengan design yang moden, minimalis dan jimat ruang. Jika anda mementingkan penapis air yang harga bulanan mampu milik dan jimat tenaga elektrik. Maka penapis air ini adalah penapis air terbaik untuk anda!

Untuk tempahan dan melihat spesifikasi Cuckoo XCEL anda boleh terus klik butang di bawah!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Share artikel ini

Topik lain anda mungkin berminat

Iris Top
Cuckoo

Cara Setting Cuckoo IRIS TOP

Mungkin ramai tidak tahu bagaimana untuk setting IRIS TOP mereka di rumah. Jangan risau. Saya akan menolong anda dengan video di bawah. Terima kasih kepada …

Cuckoo

Gangguan Bekalan Air Selangor September 2020

Baru-baru ini kita digemparkan dengan berita gangguan bekalan air di Selangor. Sebanyak 1,292 kawasan di tujuh wilayah di Selangor dan Kuala Lumpur mengalami gangguan bekalan …

Cuckoo
Cuckoo

Jimat RM1260,Promosi XCEL September 2020

Promosi Cuckoo kembali lagi untuk bulan September 2020. Penapis air cuckoo model XCEL ini biasanya berharga Rm100/bulan, kini dengan promosi ini anda hanya perlu membayar …

Penapis air Cuckoo
Hai saya Ainaa. Hubungi saya dengan menekan butan WhatsApp di bawah

Topik lain anda mungkin berminat

Iris Top

Cara Setting Cuckoo IRIS TOP

Mungkin ramai tidak tahu bagaimana untuk setting IRIS TOP mereka di rumah. Jangan risau. Saya akan menolong anda dengan video di bawah. Terima kasih kepada …

Baca Lagi →

Gangguan Bekalan Air Selangor September 2020

Baru-baru ini kita digemparkan dengan berita gangguan bekalan air di Selangor. Sebanyak 1,292 kawasan di tujuh wilayah di Selangor dan Kuala Lumpur mengalami gangguan bekalan …

Baca Lagi →
Cuckoo

Jimat RM1260,Promosi XCEL September 2020

Promosi Cuckoo kembali lagi untuk bulan September 2020. Penapis air cuckoo model XCEL ini biasanya berharga Rm100/bulan, kini dengan promosi ini anda hanya perlu membayar …

Baca Lagi →
d-model

Penapis Udara Terbaik Untuk Virus & Bakteria

Apabila negara dikejutkan dengan virus, penyakit yang merebak, maka ia sangat merisaukan setiap orang lebih-lebih lagi mereka yang mempunyai anak kecil di rumah. Kerisauan kita …

Baca Lagi →

Dapatkan Promosi Cuckoo King Top RM66.00 sebelum promosi tamat

:
:
:

Dapatkan Promosi King Top RM55.00