Cuckoo

12 Kebaikan Air Mineral Untuk Kesihatan

Setiap makhluk bernyawa memerlukan air untuk hidup.

Lebih-lebih lagi buat manusia, kita memerlukan air bersih untuk diminum setiap hari bagi memastikan sistem tubuh badan kita dapat berfungsi dengan normal untuk hidup.

Di Malaysia, kebanyakan orang dapatkan sumber air minuman harian dengan meminum air masak atau membeli air mineral/RO botol di kedai serbaneka mahupun pasaraya mega.

Ini bermakna antara sumber air minuman harian rakyat Malaysia antaranya:

  • Air masak
  • Air botol mineral
  • Air botol RO
  • Air dari mesin tapisan air
  • Penapis air
  • Air bukit
  • Dan sebagainya

Namun persoalannya, adakah air minuman yang kita minum bermineral? Dan yang lebih penting lagi, apakah manfaatnya buat kesihatan kita?

10 TANDA ANDA KURANG MINUM AIR?

Antara tanda anda kurang minum air termasuklah:

  • Cepat letih
  • Penuaan pramatang
  • Rasa cemas
  • Selalu sakit kepala
  • Pening kepala
  • Mata berair
  • Air kencing pekat
  • Bibir kering

Sekiranya anda ada tanda-tanda di atas, boleh jadi kerana anda kurang minum air.

AIR RO?

 

Air RO merupakan air yang melalui proses reverse osmosis untuk membersihkan air supaya ia selamat untuk dimimum.

Air reverse osmosis dapat menyingkirkan bakteria yang ada pada air, kuman, logam berat.

Namun pada masa sama, air RO juga merupakan air yang tidak mengandungi sebarang garam mineral yang berkhasiat untuk tubuh badan.

Ini kerana sistem tersebut mempunyai tapisan yang sangat halus dan pada masa sama telah menyingkirkan kandungan mineral yang ada pada air.

Air reverse osmosis adalah air semata-mata.

AIR PAIP?

Air paip yang disalurkan ke setiap rumah di Malaysia kebiasaannya diperolehi daripada sumber asli.

Antaranya adalah air dari empangan. Air yang terkumpul di empangan akan dirawat oleh syarikat bekalan air seperti SYABAS dan lain-lain sebelum masuk ke dalam paip air di rumah kita.

Air paip yang mengalir ke rumah kita yang telah dirawat mengandungi kandungan mineral seperti kalsium, magnesium, potassium dan sodium.

Kandungan mineral yang terdapat pada air paip di rumah kita adalah baik untuk kesihatan tubuh badan kita, kerana mineral adalah sangat diperlukan dalam tubuh badan manusia.

Pada masa sama, walaupun air paip mengandungi kandungan mineral namun ia juga berpotensi untuk mengandungi kotoran yang berpunca daripada banyak sebab.

Antaranya adalah paip yang berkarat, tangki air yang kotor dan sebagainya. Yang mana semua ini dapat menyebabkan air paip di rumah kita kurang selamat untuk terus diminum walaupun ia sudah dimasak.

AIR MINERAL?

Air mineral kebiasaannya berpunca daripada bawah tanah, khas dihasilkan untuk tujuan minuman harian.

Seperti yang dinyatakan, air mineral kebiasaannya pasti mempunyai kandungan mineral seperti kalsium, magnesium, potassium dan sodium.

Ramai yang pilih untuk minum air mineral botol berbanding air paip kerana ramai menyangka air botol tersebut lebih tulen, lebih bersih dan bebas daripada sebarang rawatan berkimia.

Namun, air mineral botol juga mempunyai risiko kerana ia dibotolkan, botol air tersebut ada risiko toksik.

Di bawah dikongsikan beberapa kebaikan air mineral untuk tubuh badan manusia.

 

1. SUMBER MAGNESIUM

Sama ada air mineral mahupun air paip merupakan sumber magnesium.

Mineral dapat membantu untuk menstabilkan tekanan darah, gula dalam darah juga sistem saraf.

Setiap jenis air mineral mengandungi kandungan magnesium yang berbeza, bergantung kepada sumber air tersebut dan juga jenama.

Yang mana kandungan magnesium tersebut adalah sekitar 1 miligram seliter (1mg/l) hingga lebih 120 miligram seliter (120mg/l) dan semuanya bergantung kepada sumber air tersebut.

Kandungan magnesium yang disarankan setiap hari adalah seperti berikut (anggaran):

  • 310 – 320 miligram untuk wanita dewasa
  • 400 – 420 miligram untuk lelaki dewasa

Menurut sebuah kajian di Amerika Syarikat, rakyat negara tersebut minum kurang daripada saranan seperti di atas.

Antara kesan apabila kurangnya magnesium termasuklah:

  • Hilang selera
  • Keletihan
  • Lemah otot
  • Loya dan muntah

Antara kesan yang lebih teruk apabila sangat kurang magnesium termasuklah:

  • Kebas
  • Kejang otot
  • Kurang kalsium atau potassium
  • Mood cepat berubah
  • Degupan jantung yang tidak teratur
  • Sawan

 

2. MENURUNKAN TEKANAN DARAH

Kurang magnesium dalam tubuh badan juga dapat menjadi punca kepada naik tekanan darah, kegagalan jantung dan degupan jantung tidak teratur.

Air yang kaya dengan magnesium pula dapat membantu untuk  untuk kurangkan risiko masalah kardiovaskular.

Dalam sebuah kajian skala kecil pada tahun 2004 yang melibatkan 70 orang dewasa yang mempunyai tekanan darah tinggi dan kurang kadar magnesium. Mereka menemui bahawa dengan minum 1 liter air mineral setiap hari mengurangkan tekanan darah mereka.

 

3. MENGATUR PEREDARAN DARAH 

Air mineral mengandungi kandungan kalsium, magnesium, sodium dan potassium yang mana kesemuanya membantu peredaran darah.

Kalsium adalah penting untuk membina dan mengekalkan ketahanan tulang. Ia juga dapat membantu untuk mengatur kadar degupan jantung.

 

4. MENGUATKAN TULANG 

Air mineral mengandungi kalsium yang dapat membantu untuk kuatkan tulang. Apabila tisu tulang rosak, maka tubuh kita akan membina tulang baru.

Ketika masih kecil, tulang baru dapat dibina dengan lebih cepat. Namun selepas usia 20 tahun, kadar kerosakan tulang adalah lebih cepat berbanding pembinaan tulang baru yang mana ini menyebabkan tulang orang dewasa lebih rapuh dan lemah.

Senaman yang konsisten dan pemakanan yang kaya kalsium dapat bantu untuk menguatkan tulang dan elakkan kerapuhan tulang.

Magnesium juga dapat membantu untuk tulang yang kuat. Satu kajian skala besar pada tahun 2014 telah menemui bahawa wanita yang lebih berusia yang dapat magnesium yang lebih tinggi, lebih 422.5mg sehari mempunyai tulang yang lebih tumpat berbanding mereka yang kurang mineral.

 

5. SISTEM PENCERNAAN YANG LEBIH SIHAT 

Dengan kandungan magnesium yang mencukupi dalam pekanan dapat mengurangkan sembelit dan dapat tambahbaik tahap kesihatan sistem pencernaan kita.

Magnesium bantu untuk bekalkan air kepada usus, yang mana dapat bantu untuk najis yang lebih konsisten. Ia juga dapat melegakan otot usus dan pergerakan usus yang lebih normal.

Minum air mineral yang mengandungi magnesium sulfat dan sodium sulfat dapat menyokong pergerakan usus, maka ia dapat buat orang sembelit lebih selesa.

 

6. KURANGKAN LEMAK BADAN

Sudah pasti air mineral adalah minuman yang bebas lemak, pada masa sama ia juga mempunyai kandungan mineral yang dapat metabolasi lemak.

Ia membantu untuk meleraikan lemak yang mana penting untuk membakar lapisan lemak pada tubuh badan.

Air mineral dapat bantu kita untuk jadi lebih kurus dan  kurang lemak.

Dengan minum air mineral sudah tentu lebih baik dan lebih sihat berbanding air manis dan air berkarbonat.

Minum air mineral dengan konsisten dapat bantu untuk mengawal berat badan anda.

 

7. KURANGKAN RISIKO SAKIT JANTUNG

Air mineral membantu tindakbalas metabolisme terhadap lemak badan. Ini bagi memastikan kolestrol yang tidak baik terhalang daripada tubuh badan kita.

Kolestrol yang tidak baik atau LDL dapat menyebabkan saluran darah mengecil.

Maka ini dapat menyebabkan tekanan darah semakin tinggi dan meningkatkan risiko sakit jantung.

Air mineral dapat menghalang dan mengurangkan lemak LDL daripada kapilari darah manusia. Maka ia dapat membesarkan semula saluran darah yang mana dapat mengurangkan risiko sakit jantung.

 

8. MENGURANGKAN ASID

Air mineral mengandungi sulfat. Sulfat adalah pemangkin untuk pankreas bagi menghasilkan enzim pencernaan seperti lipase dan amylse.

Enzim pencernaan ini dapat mengurangkan risiko sembelit dan kembung perut.

Pada masa sama ia juga dapat mengurangkan pembekuan toksin dalam duodenum dan usus.

Hasilnya, masalah asid dapat dikurangkan dengan pemakanan yang lebih sihat.

 

9. FIZIKAL YANG LEBIH CERDAS

Air mineral mengandungi gabungan pelbagai jenis mineral termasuklah magnesium dan potassium.

Mineral ini diperlukan untuk pertumbuhan dan bantu otot berfungsi dengan baik.

Ia membantu kadar respon otot yang lebih baik. Otot akan menyokong kontraksi dan perkembangan.

Maka  air mineral dapat meningkatkan kecerdasan fizikal dan kesihatan yang lebih seimbang.

 

10. KECERDASAN MENTAL

Potassium bantu untuk meningkat kadar memori dan tumpuan minda. Maka ia dapat juga mengurangkan keletihan dan kelesuan mental.

 

11. KULIT LEBIH SIHAT

Silika adalah ‘rahsia’ bagi kecantikan kulit. Air mineral adalah antara sumber kepada partikel silika ini.

Ia dapat mencetuskan pertumbuhan kolagen pada kulit manusia.

Kolagen yang terbentuk dapat mengurangkan kedutan, tomboh hitam dan kulit kusam.

Pada masa sama, kulit kita akan lebih lembap dan bercahaya.

 

12. RAMBUT LEBIH KUAT

Kesihatan rambut merupakan isu bagi orang zaman sekarang. Disebabkan oleh pencemaran dan cahaya matahari dapat mengurangkan kualiti rambut.

Air mineral dapat mengembalikan kekuatan rambut kita dengan memulihkan kadar PH pada kulit kepala.

Ia meningkatkan oksigen kepada otak.

Dengan itu, rambut akan lebih kukuh dan kuat untuk tahan teriknya matahari dan pencemaran di luar.

 

Bagaimana Nak Minum Air

Sumber: https://www.tyentusa.com/blog/ways-to-drink-more-water/

  1. JADIKAN RUTIN – Minum segelas air sejurus anda bangun dari tidur dan sebelum tidur.
  2. MASUKKAN POTONGAN BUAH LIMAU – Dengan perisa limau, anda pasti akan rasa lebih gemar untuk minum banyak air
  3. MINUM AIR SEBELUM MAKAN – Dengan minum air sebelum makan, selera makan anda akan berkurangan. Maka anda akan kurang makan dan ini dapat bantu diet yang lebih baik.
  4. BOTOL BESAR – Pastikan anda ada botol besar sentiasa bersama anda untuk mudah diminum di mana-mana sahaja
  5. REKOD – Gunakan telefon bimbit anda untuk rekod kadar minum air harian anda
  6. MAKAN BUAH-BUAHAN – Di samping minum air, makan banyak buah-buahan berair seperti tembikai dan sebagainya
  7. GUNA BOTOL BERTANDA – Jadi lebih kreatif dengan letak tanda pada botol air anda. Minum ikut aras tanda tersebut.
  8. MINUM AIR BAGI SETIAP AKTIVITI – Setiap kali anda lakukan sebarang aktiviti, minum air
  9. INSENTIF – Hadiahkan diri anda dengan insentif tertentu jika cukup minum air pada bulan tersebut! Hadiah adalah motivasi terbaik untuk manusia!
  10. BERTANDING – Berlawan dengan pasangan anda, siapa yang akan menang dan capai target minum air mingguan.

Pastikan anda minum air secukupnya di rumah.

Selain dengan cara memasak air atau beli air mineral botol di luar, anda juga sangat disarankan untuk menggunakan penapis air CUCKOO di rumah.

Cuckoo menghasilkan air yang bermineral dan beralkali ringan yang lebih sihat untuk tubuh badan manusia.

Guna penapis air CUCKOO hanyalah serendah RM75.47 sebulan dan anda akan dapat percuma servis, pertukaran filter dan waranti sehingga 5 tahun.

CUCKOO menggunakan teknologi Nano Positive filter yang menghasilkan air bermineral, beralkali ringan dan bebas dari heavy metal..

Secara kesimpulannya, CUCKOO MILD ALKALINE WATER PURIFIER MENGHASILKAN AIR

  • Bersifat alkali dengan sekitar 7.5 pH
  • Kaya dengan mineral
  • Bebas bakteria
  • Bebas dari logam merbahaya

Bukan semua penapis air mampu asingkan logam berat. Kebanyakkan penapis air dipasaran tidak mampu asingkan logam berat ni. Sebahagiannya yang mampu pun menggunakan penapis Reverse Osmosis yang tidak menghasilkan air bermineral dan beralkali seperti Cuckoo.

APA ITU LOGAM BERAT?

Logam berat seperti merkuri, plumbum, cadmium, kromium dan pelbagai lagi logam berat yang terdapat dalam air kita yang berisiko untuk pada badan. Ia menjadi salah satu penyebab kanser. (Semoga kita semua dijauhkan dari sebarang penyakit).

APAKAH FAEDAH AIR BERALKALI,BERMINERAL DAN BEBAS DARI LOGAM BERAT KEPADA BADAN?

✅ Membantu meneutralkan kadar asid berlebihan di dalam badan dan mengurangkan asid refluks

✅ Mempunyai kebaikan antioksidan dengan membantu menyingkirkan sisa toksin dari badan dengan berkesan

✅ Membantu proses detox oleh badan

✅ Meningkatkan kadar kesihatan tulang

✅ Baik untuk kesihatan jantung

✅ Mengurangkan risiko kanser. Logam berat dalam air merupakan salah satu penyumbang kepada kanser.

Fungsi 4 mineral yang terdapat dalam air yg ditapis oleh penapis air Cuckoo ialah:

  1. Magnesium – Menukar gula kepada tenaga
  2. Kalsium – Penting bagi pertumbuhan tulang
  3. Potassium – Bagi memastikan fungsi sel berjalan lancar
  4. Sodium – Memastikan badan berfungsi dengan optima

Penapis air yang baik hanya berbaloi kalau penukaran filter diberikan ikut jadual dan after sale servis juga terbaik . Setuju??

Ramai yang kecewa dengan penapis air yang pernah digunakan sebelum ini. Kenapa? Kerana servis selepas jualan dan pertukaran filter yang tidak konsisten dan tidak berkualiti.

INI TIDAK AKAN BERLAKU DENGAN CUCKOO!

Bagi memastikan kualiti air dipelihara dgn baik, Cuckoo memastikan pertukaran filter dan servis dilakukan mengikut jadual yang ditetapkan.

  • Filter ditukar setiap 4 bulan sekali
  • Filter tidak di recycle. Semua filter yg telah digunakan akan diganti dengan filter yang baru
  • Pertukaran filter oleh Cuckoo adalah antara yg terkerap dipasaran.
  • Servis Cuckoo mempunyai 15 check point yang perlu dipatuhi untuk memastikan air anda mengikut piawaian Beyond Standard.

Jaminan after sale service Cuckoo.

  • Warranti dari pihak CUCKOO sehingga 5 tahun
  • Pertukaran alat ganti PERCUMA
  • Penyelenggaraan secara PERCUMA
  • PERCUMA re-location
  • PERCUMA KHIDMAT NASIHAT DARI KAMI jika memerlukan.

Ramai pelanggan kami amat berpuas hati dengan produk dan servis yang kami berikan. Cuckoo menerima beratus-ratus bahkan ribuan permohonan baru setiap hari dan angka ini terus meningkat.

Selain itu, kaedah permohonan yang mudah dan hassle free juga telah menjadikan Cuckoo menjadi pilihan ramai.

✅ Mudah

✅ Cepat

✅ Efficient

❌ Tak perlu bank statement

❌ Tak perlu slip gaji

❌ Tak perlu garantor

✅ Tanpa yuran pendaftaran

✅ Pemasangan dan penghantaran percuma

✅ Tanpa perlu risau pasal servis dan tukar filter

✅ Tanpa perlu risau tentang pencemaran air. Air dijamin BERSIH, HALAL DAN MENYIHATKAN! Boleh minum terus.

Sebagai kesimpulan, minum air adalah sangat penting untuk hidup manusia.

Minum air yang bersih setiap hari dapat memastikan hidup kita lebih sihat dan cergas. Manakala kurang air menyebabkan tubuh badan kita lebih tidak bermaya dan cepat sakit

Banyakkan minum air hari ini!

Sumber:

  1. https://ods.od.nih.gov/factsheets/Magnesium-HealthProfessional/
  2. https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC3953885/
  3. https://www.stylecraze.com/articles/health-benefits-of-mineral-water/
  4. https://www.medicalnewstoday.com/articles/324910.php

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Share artikel ini

Topik lain anda mungkin berminat

Iris Top
Cuckoo

Cara Setting Cuckoo IRIS TOP

Mungkin ramai tidak tahu bagaimana untuk setting IRIS TOP mereka di rumah. Jangan risau. Saya akan menolong anda dengan video di bawah. Terima kasih kepada …

Cuckoo

Gangguan Bekalan Air Selangor September 2020

Baru-baru ini kita digemparkan dengan berita gangguan bekalan air di Selangor. Sebanyak 1,292 kawasan di tujuh wilayah di Selangor dan Kuala Lumpur mengalami gangguan bekalan …

Cuckoo
Cuckoo

Jimat RM1260,Promosi XCEL September 2020

Promosi Cuckoo kembali lagi untuk bulan September 2020. Penapis air cuckoo model XCEL ini biasanya berharga Rm100/bulan, kini dengan promosi ini anda hanya perlu membayar …

Penapis air Cuckoo
Hai saya Ainaa. Hubungi saya dengan menekan butan WhatsApp di bawah

Topik lain anda mungkin berminat

Iris Top

Cara Setting Cuckoo IRIS TOP

Mungkin ramai tidak tahu bagaimana untuk setting IRIS TOP mereka di rumah. Jangan risau. Saya akan menolong anda dengan video di bawah. Terima kasih kepada …

Baca Lagi →

Gangguan Bekalan Air Selangor September 2020

Baru-baru ini kita digemparkan dengan berita gangguan bekalan air di Selangor. Sebanyak 1,292 kawasan di tujuh wilayah di Selangor dan Kuala Lumpur mengalami gangguan bekalan …

Baca Lagi →
Cuckoo

Jimat RM1260,Promosi XCEL September 2020

Promosi Cuckoo kembali lagi untuk bulan September 2020. Penapis air cuckoo model XCEL ini biasanya berharga Rm100/bulan, kini dengan promosi ini anda hanya perlu membayar …

Baca Lagi →
d-model

Penapis Udara Terbaik Untuk Virus & Bakteria

Apabila negara dikejutkan dengan virus, penyakit yang merebak, maka ia sangat merisaukan setiap orang lebih-lebih lagi mereka yang mempunyai anak kecil di rumah. Kerisauan kita …

Baca Lagi →

Dapatkan Promosi Cuckoo King Top RM66.00 sebelum promosi tamat

:
:
:

Dapatkan Promosi King Top RM55.00