120 Penapis Air Tidak HALAL Di Malaysia

SEKURANG-KURANGNYA 120 jenama penapis air yang diragui status halalnya berada di pasaran dan dijual pada harga murah berbanding penapis berjenama, menggunakan bahan daripada tulang haiwan sebagai karbon aktif bagi menapis kotoran.

Ia dijual di pasaran tempatan sejak lebih sepuluh tahun lalu ketika teknologi penapisan air mula diperkenalkan bagi menapis pelbagai jenis bahan tercemar dan sisa toksik yang berbahaya dalam air seperti klorin, logam berat dan seumpamanya.

Mendedahkan perkara itu, Pensyarah Fakulti Syariah dan Undang-Undang, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) Dr Mahyeddin Mohd Salleh berkata, kajian pihaknya menunjukkan ada penapis air menggunakan tulang haiwan yang dijadikan bio seramik bagi membekalkan kalsium pada air.

Katanya, kebanyakannya diimport dari negara luar yang tidak mempunyai pengesahan halal, dijual dengan harga lebih murah berbanding jenama terkenal menggunakan bahan semula jadi.

“Kajian mendapati kebanyakan tulang haiwan dalam industri diperoleh dari sumber haram atau diragui status halalnya.

“Memang tulang haiwan menjadi pilihan utama kerana harganya lebih murah dan mudah didapati.

“Jenis tulang dan cara tulang diperoleh, termasuk disembelih secara betul atau tidak itu diragui dan kebanyakan karbon aktif daripada tulang haiwan dihasilkan dari China.

“Jadi kita minta pengguna berhati-hati atau merujuk terlebih dulu dengan Bahagian Pengurusan Halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim),” katanya kepada Metro Ahad.

Dr Mahyeddin berkata, memandangkan sistem penapis air digunakan secara berskala besar untuk tujuan industri dan rumah adalah penting untuk pengguna khususnya umat Islam memastikan produk digunakan patuh syariah.

Katanya, antara bahan dari sumber semula jadi seperti cengkerang laut, tempurung kelapa dan sisik ikan tilapia boleh menggantikan tulang haiwan yang digunakan dalam industri penapis air dan ia disahkan halal.

ELEMEN tipikal dalam penapis air komersial.

“Bagaimanapun, ia lebih mahal daripada tulang haiwan kerana lebih sukar didapati sekali gus mendorong perbezaan harga ketara bagi produk penapis air ini.

“Sejak beberapa tahun lalu, pasaran produk penapis air meningkat dan negara kita juga tidak terkecuali.

“Kami bimbang penggunaan tulang haiwan menimbulkan persoalan dari sudut hukum.

“Berdasarkan kajian, kebanyakan bahan penapis air di Malaysia diimport terutama dari China dan Taiwan, menyebabkan kebarangkalian tinggi untuk tulang diambil daripada sumber haram atau syubhah.

“Penentuan hukum juga membabitkan aplikasi ‘istihalah’, memandangkan tulang yang digunakan dalam produk penapis air bukan lagi dalam bentuk asal, sebaliknya telah berubah ke bentuk arang dan bio seramik melalui proses pembakaran pada suhu tinggi.

“Justeru saya nasihatkan kepada orang ramai agar lebih berhati-hati membeli produk penapis air yang semakin mendapat tempat kebelakangan ini.

“Buat rujukan terlebih dulu bagi memastikan barangan yang dibeli itu daripada sumber yang halal,” katanya.

KARBON aktif digunakan secara meluas dalam pembuatan elemen penapisan.

GESA PENGELUAR MOHON SPHM

Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) meminta pengeluar penapis air di negara ini tampil memohon Sijil Pengesahan Halal (SPHM) Malaysia bagi memastikan pengguna dapat menggunakan produk tanpa sebarang keraguan.

Ketua Aktivisnya Datuk Nadzim Johan berkata, hal itu perlu memandangkan permintaan terhadap penapis air sama ada yang digunakan di luar atau di dalam rumah semakin meningkat dan ia tidak boleh lari daripada aspek pengesahan halal.

Katanya, perkara itu seakan terlepas pandang kerana masyarakat selama ini memandang remeh isu penggunaan air bertapis di rumah kerana lebih memberi fokus kepada penyediaan makanan halal di restoran.

KETUA Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia, Datuk Paduka Nadzim Johan. FOTO Supian Ahmad

“Ini isu yang penting. Jumlah 120 jenama ini juga sangat tinggi dan kita difahamkan ada lima syarikat pengeluar produk ini di Malaysia.

“Kita tidak tahu apakah produk mereka sudah mendapatkan pensijilan halal seperti ditetapkan.

“PPIM juga berharap agar pengeluar dapat memastikan karbon aktif ini bukan diperbuat daripada tulang haiwan, sebaliknya bahan-bahan lain yang boleh dijadikan alternatif. Apapun, pengguna perlu dimaklumkan.

“Setakat ini kita menerima aduan tidak rasmi daripada orang awam. Tidak banyak forum membincangkan perkara ini, kalau ada pun, hanya bahan ilmiah daripada penyelidik dan ahli akademik,” katanya.

Nadzim berkata, pihaknya juga akan menggerakkan kempen kepada ahli agar lebih berhati-hati membeli apa juga produk terutama yang diimport dari luar negara bagi memastikan ia menepati piawaian halal ditetapkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

RAMUAN HAIWAN WAJIB DIPERIKSA

Berdasarkan pemeriksaan lapangan yang dijalankan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Jabatan Agama Islam Negeri (Jain), ada penemuan penapis air yang mengandungi bahan dari sumber haiwan seperti tulang dan lemak.

Pengarah Bahagian Pengurusan Halal Jakim Bukhari Md Akhir berkata, bagaimanapun, masyarakat tidak boleh sewenang-wenangnya membuat kesimpulan secara menyeluruh komponen yang terkandung dalam penapis air adalah daripada sumber bahan tidak halal.

Katanya, ini kerana di dalam pensijilan halal, segala sumber bahan mentah atau ramuan yang berasaskan haiwan adalah kritikal serta status kehalalannya wajib diperiksa dan disahkan pihak berautoriti sebelum digunakan mana-mana pemegang atau pemohon SPHM.

Menurutnya, syarat berkenaan adalah antara keperluan umum yang perlu dipenuhi pemohon SPHM untuk pelbagai skim yang ditawarkan dalam pensijilan halal Malaysia.

PENGARAH Bahagian Pengurusan Halal JAKIM, Bukhari Md Akhir di Kompleks Islam Putrajaya. FOTO Ahmad Irham Mohd Noor

Pemeriksaan halal oleh Jakim dan Jain bukan sekadar secara dokumentasi semata-mata bahkan membabitkan pemeriksaan secara lapangan iaitu keberkesanan Sistem Jaminan Halal yang diamalkan syarikat terutama kepada premis makanan berangkai yang banyak menggunakan fasiliti penapis air.

“Penemuan penapis air mengandungi komponen haiwan akan menyebabkan permohonan SPHM dikenakan ketidakakuran pihak Jakim dan Jain hinggalah unsur meragukan itu dihindarkan penggunaannya dari premis atau produk yang mahu dipersijilkan halal.

“Situasi ini menjadi lebih rumit apabila ia membabitkan jumlah rangkaian yang banyak, masa yang lama untuk menggantikan penapis air yang mematuhi hukum syarak, kos dan komitmen tinggi daripada pemohon SPHM,” katanya.

Bukhari berkata, kerumitan itu mampu diatasi lebih awal jika pasukan Jawatankuasa Halal Dalaman mempunyai tahap ketelitian yang tinggi sebelum menghantar permohonan ke Jakim dan Jain.

“Sewajarnya, penilaian yang lebih mendalam terhadap semua aspek pemprosesan produk dan perkhidmatan halal diperhalusi sebaik mungkin dan dibincangkan secara serius sebelum pemasangan fasiliti membabitkannya dilakukan.

“Demi merancakkan lagi pertumbuhan bilangan pemegang SPHM dan kelestariannya, jabatan bersikap terbuka terhadap pelbagai bentuk perbincangan dengan industri yang menghadapi banyak kekangan untuk memenuhi syarat pensijilan demi kebaikan ummah sejagat,” katanya.

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut barang gunaan yang sudah dipersijilkan halal, sila layari Portal Rasmi Halal Malaysia di www.halal.gov.my. dan semakan juga boleh dibuat menerusi aplikasi Verify Halal.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 5 January 2020 @ 10:00 AM

Sumber: harianmetro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Share artikel ini

Topik lain anda mungkin berminat

Cuckoo

Gangguan Bekalan Air Selangor September 2020

Baru-baru ini kita digemparkan dengan berita gangguan bekalan air di Selangor. Sebanyak 1,292 kawasan di tujuh wilayah di Selangor dan Kuala Lumpur mengalami gangguan bekalan …

Cuckoo
Cuckoo

Jimat RM1260,Promosi XCEL September 2020

Promosi Cuckoo kembali lagi untuk bulan September 2020. Penapis air cuckoo model XCEL ini biasanya berharga Rm100/bulan, kini dengan promosi ini anda hanya perlu membayar …

d-model
Cuckoo

Penapis Udara Terbaik Untuk Virus & Bakteria

Apabila negara dikejutkan dengan virus, penyakit yang merebak, maka ia sangat merisaukan setiap orang lebih-lebih lagi mereka yang mempunyai anak kecil di rumah. Kerisauan kita …

Penapis air Cuckoo
Hai saya Ainaa. Hubungi saya dengan menekan butan WhatsApp di bawah

Topik lain anda mungkin berminat

Gangguan Bekalan Air Selangor September 2020

Baru-baru ini kita digemparkan dengan berita gangguan bekalan air di Selangor. Sebanyak 1,292 kawasan di tujuh wilayah di Selangor dan Kuala Lumpur mengalami gangguan bekalan …

Baca Lagi →
Cuckoo

Jimat RM1260,Promosi XCEL September 2020

Promosi Cuckoo kembali lagi untuk bulan September 2020. Penapis air cuckoo model XCEL ini biasanya berharga Rm100/bulan, kini dengan promosi ini anda hanya perlu membayar …

Baca Lagi →
d-model

Penapis Udara Terbaik Untuk Virus & Bakteria

Apabila negara dikejutkan dengan virus, penyakit yang merebak, maka ia sangat merisaukan setiap orang lebih-lebih lagi mereka yang mempunyai anak kecil di rumah. Kerisauan kita …

Baca Lagi →

Apakah Kos & Bayaran Untuk Pasang Penapis Air/Udara Cuckoo?

Ramai yang bertanya kepada kami, apa kos untuk pasang produk Cuckoo di rumah? Adakah pelanggan perlu keluarkan sebarang duit sebelum pemasangan mana-mana produk Cuckoo di …

Baca Lagi →

Dapatkan Promosi Cuckoo King Top RM66.00 sebelum promosi tamat

:
:
:

Dapatkan Promosi King Top RM55.00