Anda sekarang pasti sedang selidik untuk memilih penapis air yang paling baik untuk dipasang di rumah.
Dan penapis air Cuckoo Icon ini merupakan antara model penapis air yang paling HOT di Cuckoo.
Ramai yang bertanya kami apakah kelebihan sebenar Cuckoo ICON ni. Memandangkan ia mempunyai banyak ciri-ciri yang sangat menarik.
Dalam post ini, saya akan kongsikan kelebihan-kelebihan penapis air Cuckoo Icon dan kenapa ia lebih baik berbanding model-model yang lain.
1. PALING VERSATILE
Penapis air Cuckoo Icon ini antara model yang paling versatile kerana ia mempunyai kelebihan, design, spesifikasi dan ciri-ciri yang cemerlang baik dari pelbagai sudut.
Dan ini membuat Cuckoo Icon antara model yang paling baik untuk dimiliki di rumah anda.
Cuckoo Icon ini adalah model yang boleh dikatakan ‘All Rounder’, baik dari segenap sudut.
2. 13 TETAPAN SUHU AIR
Ia datang dengan suhu panas, sejuk dan suhu bilik.
Namun bagi setiap suhu, anda boleh tetapkan tahap kepanasan atau kesejukan air tersebut.
Contohnya air sejuk mempunyai 5 tetapan, daripada yang kurang sejuk hingga paling sejuk.
Maka anda boleh pilih suhu air yang anda paling suka apabila menggunakan penapis air Cuckoo Icon ini.
Sejuk – 5 tetapan
Panas – 5 tetapan
Suhu bilik – 3 tetapan
3. IN & OUT ELECTROLYSIS STERILIZATION
Tahukah anda, penapis air di rumah anda sangat terdedah kepada kuman dan bakteria yang tidak dapat dikawal.
Lebih-lebih lagi apabila anda memasak, asap pembakaran dan kenderaan, pencemaran udara, batuk dan bersin, dan sebagainya dapat memberi kesan kepada persekitaran dalam rumah anda termasuklah penapis air anda.
Dan selainnya boleh jadi juga jika cicak lalu pada penapis air anda.
Bahagian tempat keluar air pasti akan terkena sisa kuman dan bakteria tersebut.
Namun, dengan Cuckoo Icon ia mempunyai fungsi In & Out Electrolysis Sterilization yang boleh membunuh kuman dan bakteria yang ada pada penapis air anda.
Ia membersihkan penapis air anda menggunakan teknologi pensterilan stim (guna wap panas).
Ia mempunyai beberapa cara untuk bersihkan penapis air anda
a. Faucet Sterilization – Anda boleh bersihkan faucet (tempat keluar air) pada penapis air anda.
b. Auto Sterilization – Paip di dalam penapis air akan dibersihkan secara automatik setiap hari jam 3 pagi.
FAUCET STERILIZATION SETTING
AUTO STERILIZATION SETTINGS
4. TOUCH PANEL WITH MOOD LIGHT
Penapis air Cuckoo Icon ini merupakan penapis air jenis digital.
Maka tidak seperti model-model yang lain kebanyakannya perlu gunakan nozel untuk pilih air sejuk dan panas sahaja.
Cuckoo Icon pula menggunakan LCD Touch Panel untuk anda membuat pilihan suhu. Dan ternyata ia lebih bergaya dan dapat menyediakan fungsi tambahan untuk anda dapatkan.
Selain itu, bahagian LCD Touch Panel itu juga didatangkan dengan tetapan lampu mood light yang mana warna pada lampu penapis air tersebut akan jadi lebih terang atau malap mengikut situasi.
Ini menjadikannya nampak lebih cantik di ruangan dapur di rumah anda.
5. LEBIH JIMAT TENAGA ELEKTRIK
Cuckoo Icon juga dapat menjimatkan tenaga elektrik di rumah anda.
Dengan teknologi Energy Eye Sensor, ia dapat mengesan situasi di dalam rumah anda.
Sekiranya sudah gelap malam, tiada orang di rumah maka Cuckoo Icon ini akan kurangkan penggunaan tenaga elektrik bagi menjimatkan bil elektrik di rumah anda.
6. NAVIGASI SUARA
Berbanding yang lain, penapis air Cuckoo Icon ini mempunyai fungsi navigasi suara bagi membantu pengguna memilih suhu air yang betul.
Bagaimana ia berfungsi?
Mudah sahaja. Tekan butang air panas, maka penapis air akan sebut “Air Panas”. Jika pilih air sejuk maka ia akan sebut “Air Sejuk”.
Ia didatangkan dengan 3 bahasa, Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris dan Bahasa Cina.
Apa kelebihannya?
Selain daripada penapis air anda lebih bergaya dengan navigasi suara ini, ia juga dapat memudahkan anda, ibubapa (orang tua) dan anak-anak untuk memilih suhu air yang betul semasa menggunakan penapis air Cuckoo Icon ini.
7. SELAMAT UNTUK KANAK-KANAK
Ia juga didatangkan dengan fungsi Child Safety Lock yang mana dapat menjamin penggunaan yang lebih selamat untuk anak-anak anda.
Cara nak LOCK: tekan button LOCK selama 5 saat
Cara UNLOCK: tekan semula button LOCK selama 5 saaat
Ini bagi menjamin anak-anak anda tidak terkena air panas. Dan supaya anak-anak kecil anda tak bermain air pada mesin penapis air anda.
8. AIR BERMINERAL DAN ALKALI RINGAN
Ini antara sebab utama kenapa ramai pengguna memilih untuk guna penapis air Cuckoo.
Di Cuckoo, kami fokus untuk menghasilkan air yang bermineral dan beralkali ringan sahaja dan tidak fokus kepada air yang lain.
Dengan sistem tapisan Natural Filter dan Nano Positive Filtration System, penapis air Cuckoo dapat menghasilkan air yang sangat bersih, lebih sihat dan berkualiti untuk pengguna.
Bahkan air bermineral adalah terbukti lebih baik untuk diminum untuk seisi keluarga kerana ia mempunyai zat mineral seperti Pottasium, Magnesium, Kalsium dan Sodium.
Kelebihan air alkali di sini http://www.cuckoonano.com/kebaikan-keburukan-air-alkali/
9. ALIRAN AIR YANG BAIK
Penapis air Cuckoo Icon ini dicipta dengan Streamlined Design bagi melancarkan pergerakan air di dalam penapis air.
Aliran airnya sangat pantas, isian air semula ke dalam tangki juga sangat cepat. 1 cawan air keluar, 1 cawan air baru akan masuk terus ke dalam penapis air anda.
Ia tidak lambat dan tersekat-sekat seperti sistem tapisan air RO yang ada dalam pasaran kerana bagi menghasilkan air kualiti RO adalah sangat lambat.
10. TANGKI AIR STAINLESS STEEL
Berbeza dengan penapis air biasa yang menggunakan tangki plastik, Cuckoo pula menggunakan tangki air Anti-Bacterial Stainless Steel iaitu keluli tahan karat anti bakteria.
Tangki air penapis air Cuckoo tidak akan berkarat sama sekali.
Dan menggunakan tangki stainless steel ini dapat menjanjikan tangki yang lebih bersih, lebih selamat dan anti-bakteria. Kesannya, air minuman yang anda minum adalah lebih bersih.
11. SERVIS DAN PERTUKARAN FILTER
Penapis air Cuckoo Icon ini diservis setiap 4 bulan sekali oleh Cuckoo Natural Doctress ke rumah pelanggan.
Setiap 4 bulan ini Cuckoo akan servis penapis air anda, pastikan tiada sebarang masalah, tukar filter yang baru, dan akan bersihkan penapis air anda.
Servis berkala ini dibuat oleh pekerja Cuckoo yang mahir dan berkelayakan sahaja.
Filter pula ditukar 6 batang setahun.
Sediment Filter – Setiap 4 Bulan
Pre Carbon Filter – Setiap 8 Bulan
Natural Filter – Setiap 12 Bulan
Nano-Positive Filter – Setiap 12 Bulan
Segala kos servis, pertukaran filter dan waranti adalah 100% percuma sepanjang tempoh kontrak. Jika anda beli secara tunai, anda akan dapat free servis, pertukaran filter dan waranti ini sehingga tempoh 3 tahun.
Di Cuckoo, anda tidak perlu risau mengenai servis seperti dalam video ini kerana ia dilaksanakan oleh tim servis yang profesional!
12. DESIGN YANG SANGAT MENAWAN
Ya dan ini adalah poin yang terakhir.
Jika inginkan dapur di rumah anda nampak lebih menawan, nampak lebih elegan maka penapis air Cuckoo Icon ini adalah pilihan yang sempurna.
Dengan design yang serba putih, lampu biru membuatkan dapur di rumah anda nampak lebih ‘mahal’ dan bergaya.
Lihat sahaja gambar yang disediakan ini sangat cantik dipasang di rumah.
13. HARGA PENAPIS AIR CUCKOO ICON?
Harga Cuckoo Icon bagi rental plan hanyalah RM113.21/bulan setahun.
Kiraan bulanannya begini.
Tahun 1: RM113.21/bulan
Tahun 2: RM113.21/bulan
Tahun 3: RM113.21/bulan
Lepas tahun 3, anda boleh pulangkan penapis air Cuckoo kerana tamat kontrak. Jika ingin sambung, boleh bayar sebanyak
Tahun 4: RM94.34/bulan
Tahun 5: RM94.34/bulan
Sepanjang tempoh kontrak rental, anda akan dapat servis, pertukaran filter dan waranti secara PERCUMA.
Selepas tahun ke 5, Cuckoo berhak berikan kepada anda penapis air ini untuk dijadikan hak milik.
Jika anda pilih untuk membeli secara tunai pula, harganya adalah RM4200. Anda akan dapat FREE servis sehingga 3 tahun.
Kos servis setahun adalah RM550/tahun sahaja.
BERAPA BEZA BELI RENTAL ATAU OUTRIGHT?
Seperti rajah di atas, pembelian secara outright anda boleh jimat sebanyak RM1039.72. Dan jika dikira selama 5 tahun dan dipecahkan kepada 60 bulan, bulanan hanyalah RM88.34 sahaja jika beli secara Outright.