Cuckoo

13 Panduan Pilih Penapis Air Untuk Kediaman Anda

Kesedaran umum semakin meningkat tentang betapa pentingnya sumber air minuman yang bersih kini,dimana mereka sedar akan kemudaratan yang akan menimpa jika kerap meminum air yang tidak bersih yang mengandungi pelbagai bakteria,logam dan karat.Jadi solusi mereka adalah dengan menggunakan penapis air untuk menikmati air yang bersih.Namun adakah anda menitik beratkan beberapa faktor seperti dibawah sebelum anda memilih penapis air yang terbaik untuk mencapai matlamat anda,iaitu mendapatkan air yang bersih dan berkualiti?Dibawah ini saya kongsikan kepada anda,13 Tips Untuk Memilih Penapis Air.Gunakan tips ini untuk anda membuat keputusan sebelum memiliki penapis air pertama anda supaya anda tidak menyesal.

TIPS 1: KUALITI AIR YANG DIHASILKAN

Kebanyakan penapis air dipasaran mengfokuskan kepada beberapa jenis kualiti air yang dihasilkan melalui penapis air mereka.Antaranya adalah :

1.Mineral :Air yang ditapis mengandungi kandungan mineral yang baik untuk tubuh badan

2.Alkali :Air ditapis mempunyai kandungan alkali.Kajian menunjukkan bahawa air beralkali adalah bagus untuk tubuh,namun jika mempunyai kandungan alkali yang berlebihan ianya mendatangkan mudarat.Lihat tahap kandungan alkali yang dihasilkan oleh penapis air tersebut melalui bacaan ph.Jika terlalu tinggi sila lupakan sahaja untuk mendapatkan penapis air tersebut.

3.Reverse Osmosis (RO) :Air yang ditapis adalah bersih tanpa sebarang kandungan mineral.Air RO sesuai untuk penghidap penyakit buah pinggang yang menjalani rawatan dialysis.

TIPS 2:MENDAPAT PENGIKTIRAFAN

Dengan kebanjiran penapis air dipasaran,kadang-kadang kita terlupa untuk memastikan bahawa penapis air tersebut diiktiraf atau tidak.Pastikan penapis air tersebut mendapat pengiktirafan dari agensi seperti WQA,SIRIM dan lain-lain yang dipercayai.

TIPS 3:CARA PEMBAYARAN DITAWARKAN

Antara cara pembayaran yang selalu ditawarkan oleh syarikat yang menawarkan penapis air adalah seperti berikut :

1.Cash/Outright:Pembelian secara tunai.Kelebihannya anda akan mendapat hak milik terus untuk penapis air tersebut,dan juga selalunya anda akan mendapat pelbagai Free Gift dan tawaran bonus menarik yang lain jika anda membeli secara tunai.

2.Rental : Melalaui pembelian secara rental,anda perlu membayar bayaran yang ditentukan melalui pelan-pelan rental yang ditawarkan syarikat-syarikat tersebut,dan apabila telah tamat kontrak rental pembayaran dalam masa yang ditetapkan,penapis air tersebut akan menjadi hak milik anda.

3.Kad Kredit :Jika pembayaran melalui kad kredit,pembayarannya adalah sama seperti pembelian secara cash/outright dimana anda penapis air tersebut akan menjadi hak milik anda terus.Pilih pembiayaan kad kredit yang menawarkan 0% interest untuk mengelakkan pertambahan bayaran untuk interest/faedah.

TIPS 4:HARGA PENAPIS AIR

Pelbagai harga penapis air yang terdapat dipasaran.Ada yang terlampau mahal,sederhana dan sangat murah.Kaji dan lihat apa perbezaan antara setiap harga tersebut,adakah fungsinya hanya yang asas sahaja,atau adakah ianya menawarkan hasil air yang sangat berkualiti.Kadang-kadang yang murah tidak semestinya tidak bagus atau yang mahal tidak semestinya terlampau bagus,kerana kadang-kadamg hanya gimik sahaja.Sentiasa membuat perbandingan antara penapis air yang ditawarkan.Yang penting adalah kualiti air yang dihasilkan.

TIPS 5:TEKNOLOGI YANG DIGUNAKAN

Pastikan penapis air yang anda beli mempunyai teknologi yang baik. Ini kerana teknologi mesin yang baik dapat memberikan hasil tapisan yang berkualiti dan memastikan mesin lebih ‘long lasting’.

Sentiasa update dengan teknologi baru berkaitan system penapisan air jika anda sedang berkira-kira untuk mendapatkan satu untuk kediaman anda.Pilih penapis air yang berteknologi terkini dan terbaik,kerana penapis air yang mempunyai teknologi yang baik dan terbaru memberikan hasil tapisan air yang lebih berkualiti dan sihat.

TIPS 6:SISTEM TAPISAN

Sistem tapisan air oleh penapis air dipasaran mempunyai pelbagai jenis,dari yang asas sahaja iaitu hanya menapis kekotoran seperti karat,logam dan lain-lain melalui system tapisan sediment filter.Namun ianya tidak menyingkirkan elemen lain seperti bakteria didalam air.Sebagai contoh,system tapisan oleh penapis air Cuckoo mempunyai 4 jenis tapisan iaitu Sediment Filter,Pre Carbon Filter,Natural Filter dan Nano Positive Filter.Setiap sistem tapisannya mempunyai fungsi yang berbeza untuk memastikan air yang ditapis adalah berkualiti.

TIPS 7:AFTER SALE SERVICE

Tips ini sangat penting untuk anda focus.After sale service teramat penting jika anda tidak mahu kesusahan di kemudian hari.Pastikan bahawa sebelum anda mendapatkan penapis air anda,penapis air tersebut disertakan sekali dengan after sale service yang bagus dan terbaik.Lihat servis yang ditawarkan setiap bulan seperti servis penukaran filter,penukaran alat ganti jika rosak,tempoh waranti,mudah atau tidak untuk menghubungi pihak customer service dan pelbagai lagi.Tanya kepada agen anda apakah after sale service yang ditawarkan dan bandingkan.

TIPS 8 :TEMPOH RENTAL

Selalunya tempoh rental yang ditawarkan serendah 18 bulan sehinggalah paling lama iaitu 60 bulan.Cuckoo menawarkan tempoh rental sehingga 60 bulan supaya anda dapat menggunakan penapis air pada kos yang lebih rendah dan dapat berjimat.Sepanjang tempoh rental,pastikan syarikat pengeluar penapis air tersebut menawarkan servis after sale yang bagus.

TIPS 9 :ADA HIDDEN COST ATAU TIDAK?

Setiap pembelian melalui pembayaran secara ansuran atau rental,pasti akan terdapat hidden cost yang kita tidak sedar.Sebagai contoh hidden cost yang selalunya kita terlepas pandang seperti :

-Registration Fee

-Processing Fee

-Deposit

Hidden cost ini membuatkan anda terpaksa mengeluarkan wang yang lebih setiap bulan dari biasa.Anda harus bijak menegnalpasti taktik syarikat-syarikat tersebut.Namun syarikat seperti Cuckoo tidak menegenakan sebarang kos tambahan atau kos bayaran tersembunyi apabila anda mendaftar sehinggalah pemasangan selesai.

TIPS 10 :JIMAT ELEKTRIK ATAU TIDAK?

Adakah penapis air tersebut menjimatkan elektrik?Ini penting kerana penapis air tersebut memerlukan bekalan elektrik yang berterusan 24 jam 7 hari seminggu dan 365 hari setahun.Jika penapis air tersebut menggunakan tenaga elektrik yang terlalu tinggi,anda dinasihatkan lupakan sahaja penapis air tersebut.

Pilih penapis air yang diperakui menjimatkan elektrik.Sebagai contoh penapis air Cuckoo menawarkan mesin penapis air yang sangat menjimatkan penggunaan elektrik walaupun mempunyai fungsi air sejuk dan panas.Selain itu untuk pengetahuan anda,mesin pemanas air (water heater) biasa yang anda gunakan dirumah menggunakan tenaga elektrik yang lebih tinggi berbanding penapis air Cuckoo.

TIPS 11 :SAIZ TANGKI

Adakah saiz tangki memainkan peranan penting dalam pemilihan penapis air?Jawapannya adalah ya.

Namun, bukan satu keperluan untuk memiliki penapis air yang mempunyai yang terlalu besar kerana air sejuk/panas tersebut bukanlah sentiasa dikeluarkan tanpa henti.Bahkan, tangki yang lebih besar juga dapat melambatkan proses penyejukan air kerana ruang yang lebih besar.Maka itu adalah kelebihan penapis air Cuckoo kerana saiz tangki airnya yang sederhana.Tangki yang bersaiz sederhana lebih cepat proses penyejukan air.Malah, untuk air suhu bilik pula dapat dikeluarkan secara free flow tanpa memerlukan tangki seperti penapis-penapis yang lain.

TIPS 12 :AGEN YANG DIPERCAYAI

Ini juga merupakan tips yang penting.Pilih agen yang berpengalaman dan bertanggungjawab supaya mereka dapat membantu anda memilih penapis air yang sesuai untuk anda,membantu dari A-Z dalam proses pembelian dan juga khidmat selepas belian supaya mudah jika anda mengalami sebarang permasalahan dimasa hadapan.

TIPS 13 : AMBIL TAHU TENTANG KONTRAK JUALAN DAN RENTAL

Ambil tahu secara serius tentang kontrak dan syarat jika anda membeli secara cash ataupun secara rental.Tanyakan kepada agen anda,syarat-syarat lengkap berkaitan kontrak sebelum anda mendapatkan penapis air tersebut.

Kesimpulannya,jadilah pembeli dan pengguna bijak.Lakukan kajian terpeinci dahulu berkaitan produk yang anda ingin dapatkan.Lakukan perbandingan sehinggalah anda puas hati dan yakin,supaya anda tidak menyesal dikemudian hari dengan produk atau perkhidmatan tersebut.

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan tentang apa sahaja berkaitan produk Cuckoo anda boleh menghubungi saya melalui Whatsapp dengan Klik Button Dibawah.

The post 13 Panduan Pilih Penapis Air Untuk Kediaman Anda appeared first on Penapis Air & Udara CUCKOO.

Share artikel ini

Topik lain anda mungkin berminat

Iris Top
Cuckoo

Cara Setting Cuckoo IRIS TOP

Mungkin ramai tidak tahu bagaimana untuk setting IRIS TOP mereka di rumah. Jangan risau. Saya akan menolong anda dengan video di bawah. Terima kasih kepada …

Cuckoo

Gangguan Bekalan Air Selangor September 2020

Baru-baru ini kita digemparkan dengan berita gangguan bekalan air di Selangor. Sebanyak 1,292 kawasan di tujuh wilayah di Selangor dan Kuala Lumpur mengalami gangguan bekalan …

Cuckoo
Cuckoo

Jimat RM1260,Promosi XCEL September 2020

Promosi Cuckoo kembali lagi untuk bulan September 2020. Penapis air cuckoo model XCEL ini biasanya berharga Rm100/bulan, kini dengan promosi ini anda hanya perlu membayar …

Penapis air Cuckoo
Hai saya Ainaa. Hubungi saya dengan menekan butan WhatsApp di bawah

Topik lain anda mungkin berminat

Iris Top

Cara Setting Cuckoo IRIS TOP

Mungkin ramai tidak tahu bagaimana untuk setting IRIS TOP mereka di rumah. Jangan risau. Saya akan menolong anda dengan video di bawah. Terima kasih kepada …

Baca Lagi →

Gangguan Bekalan Air Selangor September 2020

Baru-baru ini kita digemparkan dengan berita gangguan bekalan air di Selangor. Sebanyak 1,292 kawasan di tujuh wilayah di Selangor dan Kuala Lumpur mengalami gangguan bekalan …

Baca Lagi →
Cuckoo

Jimat RM1260,Promosi XCEL September 2020

Promosi Cuckoo kembali lagi untuk bulan September 2020. Penapis air cuckoo model XCEL ini biasanya berharga Rm100/bulan, kini dengan promosi ini anda hanya perlu membayar …

Baca Lagi →
d-model

Penapis Udara Terbaik Untuk Virus & Bakteria

Apabila negara dikejutkan dengan virus, penyakit yang merebak, maka ia sangat merisaukan setiap orang lebih-lebih lagi mereka yang mempunyai anak kecil di rumah. Kerisauan kita …

Baca Lagi →

Dapatkan Promosi Cuckoo King Top RM66.00 sebelum promosi tamat

:
:
:

Dapatkan Promosi King Top RM55.00