Berikut adalah antara kelebihan air alkali yang berpotensi baik untuk tubuh badan berdasarkan kajian BMC, NCBI, SHANGHAI JOURNAL OF PREVENTION MEDICINE
1- MELANCARKAN PEREDARAN DARAH
Sebahagian kajian menyatakan bahawa air alkali dapat melancarkan peredaran darah, membuatkan dari beredar dalam tubuh badan dengan baik untuk menyampaikan oksigen dan nutrien penting lain pada tisu kita.Ia dipercayai berfungsi dengan mengurangkan kepekatan darah kita, maka peredaran darah dapat berjalan dengan lancar.
2- MENGURANGKAN SIMTOM PEDIH ULU HATI
Pedih ulu hati atau dikenali dengan GERD adalah satu kondisi yang mana asid dalam badan kita naik semula melalui esofugus yang menyebabkan pedih ulu hati, kesannya kita sendawa, perut rasa kembung dan muntah.Pepsin merupakan enzim yang bertanggungjawab untuk meleraikan protien memainkan peranan penting bagi masalah pedih ulu hati.
3- MENAMBAHBAIK KADAR HIDRASI
Kekal dalam keadaan hidrasi adalah sangat penting untuk kesihatan kita.Hanya dengan meminum air secukupnya setiap hari dapat menstabilkan suhu badan, menyampaikan nutrien penting dalam tubuh badan dan melancarkan sistem pencernaan.
Air alkali dipercayai dapat membantu hidrasi lebih baik daripada air biasa.Satu kajian yang dibuat oleh Journal Of The International Society Of Sport Medicine menunjukkan bahawa dengan meminum air alkali selama 2 minggu berturut-turut bukan hanya dapat meningjkatkan kadar alkali dalam darah dan air kencing, bahkan juga dapat membantu untuk meningkatkan kadar hidrasi dengan lebih baik berbanding air biasa.
4- MENSTABILKAN GULA DALAM DARAH
Kadar gula yang tinggi dalam darah dapat mengakibatkan pelbagai masalah kesihatan.Kesan sampingan antaranya cepat rasa dahaga, pening kepala, keletihan dan sebagainya, bahkan kesan kesan jangka panjangnya termasuklah penglihatan terjejas dan kerosakan saraf.
Walaupun kajian agak terhad berkenaan perkara ini, namun sebahagian kajian terawal menunjukkan bahawa air alkali dapat seimbangkan gula dalam darah supaya dapat mengekalkan kadar gula dalam darah yang lebih normal bagi memastikan kesihatan yang baik.
5- MEMBANTU KESIHATAN TULANG
Pemakanan yang tinggi kadar asid (asidik) dapat memberi kesan kepada kerapuhan tulang kerana lebih banyak kalsiun dikeluarkan dari tubuh badan melalui sistem pencernaan (kencing)
Pemakanan beralkali pula dapat menghalang kerapuhan tulang dan dapat membantu mengekalkan kesihatan tulang.
Terdapat kajian yang yang menunjukkan bahawa air alkali dapat menguatkan tulang dengan mempengaruhi sesetengah hormon yang dapat memberi kesan kepada metabolisma tulang.