Membeli penapis air bermaksud Tuan Puan akan commit untuk tempoh masa yang panjang. Bukan macam beli telefon setahun sekali. Mesin penapis air tidak mudah rosak. Tapi customer juga mesti dapat pakej servis yang baik untuk katrij filter kat dalam mesin.
FAHAMI TEKNOLOGI TAPISAN AIR YANG ADA DI MALAYSIA.
Untuk lebih mudah faham, ada 2 teknologi tapisn air yang popular di Malaysia iaitu
- Reverse Osmosis (RO) dengan tapisan 0.0001 micron
- dan Nano dengan tapisan 0.01 micron. Cuckoo = Nano Positif; Coway = NanoTrap
Tapisan yang terbaik ialah RO kerana semua bendasing kotor dalam air dibuang. Metal ion atau karat bersaiz antara 0.001 – 0.0001 jadi hanya RO boleh tapis 99.9% bendasing tersebut.
Apa yang jadi pada mineral dalam air? Bukankah air mineral penting untuk badan? Jom sama sama kita rujuk Piramid Makanan Malaysia yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.
Sebagi manusia yang boleh makan dan minum, kita boleh dapatkan semua vitamin dan mineral dari buah-buahan, sayur-sayuran dan nasi. Manusia digalakkan minum susu untuk dapatkan kalsium; lebih baik daripada 10 gelas air kosong bermineral.
Selagi kita makan semua di atas, maka kita tak perlu risau tentang mineral daripada air. Air bermineral itu bonus. Boleh rujuk model terbaru Ombak yang beri optional mineral filter yang menambah Magnesium dalam air. Magnesium boleh didapati daripada bayam atau kekacang.