Cuckoo

Amalkan Gaya Hidup Sihat

 Isu-isu yang berkaitan dengan gaya hidup sihat kerap diperkatakan oleh setiap lapisan masyarakat. Amalan gaya hidup sihat akan membolehkan seseorang itu hidup sihat sepanjang hayat. Banyak pandangan berkaitan dengan gaya hidup sihat, tetapi adalah tidak wajar kita mengambil mudah tentang amalan gaya hidup sihat ini.

1. Menjaga Pemakanan Seharian

 

Antara amalan gaya hidup sihat ialah menjaga pemakanan seharian kita. Oleh itu, kita hendaklah mengamalkan makanan seimbang. Pemakanan seimbang membolehkan tubuh badan kita sihat dan tidak terlalu gemuk. Pemakanan yang tidak seimbang akan menyebabkan badan kita mendapat pelbagai penyakit seperti darah tinggi, penyakit jantung dan kencing manis. Banyakkan minum air kosong dan beralkali

 

2.Bersenam atau Beriadah

 

Selain itu, kita juga hendaklah rajin bersenam atau beriadah. Dengan melakukan aktiviti senaman, jantung akan menjadi sihat dan kuat. Sisa toksik dalam badan pula akan keluar melalui peluh kita semasa bersenam. Senaman yang kita lakukan akan membolehkan darah mengalir dengan baik dan menguatkan lagi otot-otot badan.

 

3.  Menjaga Kebersihan Rumah dan Persekitaran

 

Amalan gaya hidup sihat seterusnya ialah menjaga kebersihan rumah dan persekitaran. Tempat-tempat yang membolehkan nyamuk membiak mestilah dihapuskan. Segala sampah sarap hendaklah dibuang ke tempat yang dikhaskan. Jangan sesekali membuang sampah ke dalam sungai atau dibakar di luar rumah kerana ia boleh menyebabkan pencemaran alam sekitar.Udara yang bersih juga memainkan peranan penting.

 

4.  Membuat Pemeriksaan Kesihatan

 

Di samping itu, kita juga hendaklah membuat pemeriksaan kesihatan. Pemeriksaan kesihatan ini boleh dibuat di hospital kerajaan atau swasta. Dengan mengetahui tahap kesihatan kita, kita boleh megambil langkah tertentu bagi memastikan kesihatan kita terus berada dalam keaaan baik. Pemeriksaan ini boleh dibuat dua kali satahun.

 

5.  Elakkan Perbuatan Menjejaskan Kesihatan

 

Kita juga mesti menjauhi perbuatan yang boleh menjejaskan kesihatan. Antara perkara yang boleh menjejaskan kesihatan ialah menghisap rokok, minum arak dan menagih dadah. Tabiat menghisap rokok boleh menyebabkan seseorang mendapat penyakit paru-paru dan jantung. Manakala penagihan dadah boleh menyebabkan punca penyakit sosial dan masyarakat, menjadi penghalang kepada kemajuan dan pembangunan negara, maka marilah kita meningkatkan kesedaran dan kefahaman kita terhadap bahaya penyalahgunaan dadah, dan berusaha mengawal dan mencegah berlakunya kegiatan buruk ini.

 

Sebagai kesimpulan, terdapat beberapa amalan yang perlu kita lakukan untuk membolehkan kita hidup sihat.  Amalan gaya hidup sihat ini harus dipupuk sedari kita kecil dimana ibu bapa serta anggota keluarga memainkan peranan mereka dalam mengamalkan gaya hidup sihat.  Oleh itu mencegah lebih baik dari mengubati.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Share artikel ini

Topik lain anda mungkin berminat

Iris Top
Cuckoo

Cara Setting Cuckoo IRIS TOP

Mungkin ramai tidak tahu bagaimana untuk setting IRIS TOP mereka di rumah. Jangan risau. Saya akan menolong anda dengan video di bawah. Terima kasih kepada …

Cuckoo

Gangguan Bekalan Air Selangor September 2020

Baru-baru ini kita digemparkan dengan berita gangguan bekalan air di Selangor. Sebanyak 1,292 kawasan di tujuh wilayah di Selangor dan Kuala Lumpur mengalami gangguan bekalan …

Cuckoo
Cuckoo

Jimat RM1260,Promosi XCEL September 2020

Promosi Cuckoo kembali lagi untuk bulan September 2020. Penapis air cuckoo model XCEL ini biasanya berharga Rm100/bulan, kini dengan promosi ini anda hanya perlu membayar …

Penapis air Cuckoo
Hai saya Ainaa. Hubungi saya dengan menekan butan WhatsApp di bawah

Topik lain anda mungkin berminat

Iris Top

Cara Setting Cuckoo IRIS TOP

Mungkin ramai tidak tahu bagaimana untuk setting IRIS TOP mereka di rumah. Jangan risau. Saya akan menolong anda dengan video di bawah. Terima kasih kepada …

Baca Lagi →

Gangguan Bekalan Air Selangor September 2020

Baru-baru ini kita digemparkan dengan berita gangguan bekalan air di Selangor. Sebanyak 1,292 kawasan di tujuh wilayah di Selangor dan Kuala Lumpur mengalami gangguan bekalan …

Baca Lagi →
Cuckoo

Jimat RM1260,Promosi XCEL September 2020

Promosi Cuckoo kembali lagi untuk bulan September 2020. Penapis air cuckoo model XCEL ini biasanya berharga Rm100/bulan, kini dengan promosi ini anda hanya perlu membayar …

Baca Lagi →
d-model

Penapis Udara Terbaik Untuk Virus & Bakteria

Apabila negara dikejutkan dengan virus, penyakit yang merebak, maka ia sangat merisaukan setiap orang lebih-lebih lagi mereka yang mempunyai anak kecil di rumah. Kerisauan kita …

Baca Lagi →

Dapatkan Promosi Cuckoo King Top RM66.00 sebelum promosi tamat

:
:
:

Dapatkan Promosi King Top RM55.00