Cuckoo

Apa Beza Cuckoo XCEL VS King Top? Mana Lebih Baik?

Semenjak penapis air Cuckoo XCEL diperkenalkan dan promosi terbaru RM79 sebulan dilancarkan, ada yang bertanya perbezaan antara kedua-dua penapis air Cuckoo XCEL dan Cuckoo King Top.

Ketika Cuckoo XCEL diperkenalkan, harganya bermula RM100/bulan. Dan apabila ia telah diubah kepada Goood Plan, harganya berubah kepada RM85 sebulan. Dan kini, Cuckoo telah melancarkan promosi dengan bayaran bulanan serendah hanya RM79 sebulan.

Ini kerana harga kedua-duanya adalah hampir sama iaitu RM69 sebulan untuk Cuckoo King Top dan RM79 sebulan untuk Cuckoo XCEL.

cuckoo xcelPenapis Air Cuckoo XCEL

Penapis air Cuckoo King Top yang dilancarkan pada tahun 2017 merupakan antara fenomena baru bagi rakyat Malaysia kerana ia dilancarkan pada harga yang sangat mampu milik bagi seluruh rakyat Malaysia.

king top

Bahkan kini dengan promosi terbaru, bayaran bulanan penapis air Cuckoo XCEL adalah berbeza berbanding model sebelumnya iaitu King Top yang mana pelanggan dapat jimat sehingga RM10 sebulan dengan memilih Cuckoo King Top.

Antara kedua-dua model ini, terdapat banyak persamaan. Antaranya:

A. JENIS FILTER

Jenis filter yang digunakan adalah Nano Positive Filtration Filter. Dan untuk penapis air Cuckoo, kesemuanya menggunakan 4 batang filter seperti di bawah:

a. Sediment Filter – Ditukar setiap 4 bulan
b. Pre-Carbon Filter – Ditukar setiap 8 bulan
c. Natural Filter – Ditukar setiap 12 bulan
d. Nano Positive Filter – Ditukar setiap 12 bulan

review cuckoo iris top

Pelanggan akan dapat servis dan pertukaran filter baru secara percuma sebanyak 6 hingga 7 batang setiap tahun.

B. KAPASITI TANGKI

Untuk penapis air Cuckoo King Top dan XCEL, kedua-duanya mempunyai kapasiti simpanan air sebanyak:

a. Sejuk / Cold – 1.0L
b. Panas / Hot – 1.0L
c. Purified Water – 0.3L

Untuk penapis air Cuckoo, tangki begini sesuai untuk digunakan oleh seramai sekitar 5 orang pengguna untuk satu isi rumah.

Sekiranya anda risaukan tangki 1.0 liter tidak mencukupi, bahkan untuk penapis air Cuckoo ia tidak menjadi sebarang isu kerana setiap liter air yang keluar maka air yang baru akan terus masuk ke dalam mesin.

Pengalaman peribadi, saya pernah mengisi air dalam botol 2 liter tanpa henti dan tiada masalah untuk isi lebih daripada jumlah tersebut.

C. JENIS TANGKI

stainless steel

Cuckoo menggunakan tangki air jenis Anti-Bacterial Stainless Steel.

Kelebihan menggunakan tangki air jenis stainless steel adalah ia terbukti lebih bersih, tidak karat, sesuai untuk minuman (food grade) dan lebih selamat untuk digunakan.

D. JENIS AIR YANG DIHASILKAN

Air yang dihasilkan pula adalah bermineral dan beralkali ringan, pada pH sekitar 7.5. Yang mana jumlah pH begini adalah lebih sesuai dan selamat untuk minuman harian.

Air Cuckoo bukanlah jenis RO / reverse osmosis yang kebiasaannya air RO mempunyai pH bawah 7 iaitu sedikit acidic dan tiada mineral.


Setelah mengetahui persamaan antara kedua-dua model penapis air ini, kami akan kongsikan di bawah perbezaan-perbezaan utama antara kedua-dua penapis air Cuckoo ini:

BEZA 1: REKABENTUK / DESIGN

Cuckoo King Top merupakan antara model yang baru dan diperkenalkan di Malaysia pada tahun 2017. Penapis air Cuckoo King Top ini mempunyai rekabentuk minimalis yang berinspirasikan rekabentuk penapis air yang sebelumnya.

Rekabentuk Cuckoo XCEL pula adalah yang terkini kerana ia diperkenalkan pada 2019. Penapis air Cuckoo XCEL ini mempunyai design yang unik, terkini dan minimalis kerana ianya kurus dan putih keseluruhannya. Dan rekabentuk ini juga dapat menjadikan sisi dapur anda kelihatan lebih simple dan moden.

PERBEZAAN #2: MEKANIKAL VS DIGITAL

Cuckoo King Top menggunakan sistem mekanikal untuk pengeluaran air. Bermakna ada nozel (penekan) yang perlu ditekan untuk mengeluarkan air. King Top mempunyai 2 tempat untuk mengeluarkan air. Kanan air sejuk (dan dingin), kiri air panas.

Cuckoo XCEL pula menggunakan LCD panel untuk pemilihan suhu air dan untuk mengeluarkan air daripada mesin penapis air. Pengguna hanya perlu sentuh sahaja ke LCD panel pada mesin tersebut untuk memilih suhu, kemudian sentuh ke butang paling bawah untuk keluarkan air. XCEL mempunyai satu tempat mengeluarkan air. Air bagi semua suhu dikeluarkan dari tempat yang sama.

PERBEZAAN #3: PILIHAN SUHU AIR

Bagi Cuckoo King Top, ia mempunyai 3 pilihan suhu. Sejuk, panas dan suhu biasa. Untuk suhu biasa, ia boleh dikawal menggunakan punat yang boleh dipulas. Paling kanan adalah paling sejuk, paling kiri adalah kurang sejuk.

Cuckoo XCEL juga mempunyai 3 tetapan suhu. Ia mempunyai pilihan air suhu sejuk, biasa dan panas.

BEZA 4: CARA UBAH SUHU AIR

Cuckoo King Top hanya perlu tekan nozel kiri untuk pilih air panas dan nozel kanan untuk pilih air sejuk. Begitu juga kawalan suhu hanya perlu pulas punat pilihan suhu sahaja seperti yang diterangkan di atas.

Cuckoo XCEL pula untuk air sejuk, panas dan suhu biasa hanya perlu sentuh pada pilihan suhu, kemudian sentuh pada butang keluar air. Cara menggunakan Cuckoo XCEL boleh rujuk di link ini.

BEZA 5: KETINGGIAN

Cuckoo King Top mempunyai ketinggian 490mm manakala XCEL pula 502mm. Perbezaan hanyalah 12mm.

Dimensi Cuckoo XCELDimensi Cuckoo King Top

XCEL sedikit tinggi berbanding King Top, namun ia tidak ketara.

BEZA 6: INDIKASI BERLAMPU

Ciri indikasi lampu / light indication ini hanya ada pada Cuckoo XCEL. Indikasi ini membantu anda untuk memilih suhu air yang betul. Untuk air sejuk, lampu indikasi berwarna biru. Air panas, lampu indikasi merah. Air biasa, lampu indikasi warna hijau.

Penapis air selain XCEL yang mempunyai ciri ini adalah Cuckoo Icon, yang mana harganya RM113.21 sebulan. Namun di Cuckoo, hanya RM70 sahaja anda juga boleh dapat fungsi cantik begini.

Ciri ini menjadikan Cuckoo XCEL nampak lebih moden dan futuristik, cantik untuk diletakkan di dapur rumah anda.

BEZA 7: CHILD SAFETY LOCK

Kedua-dua model ini mempunyai fungsi Child Safety Lock. Yang membezakan kedua-duanya hanyalah cara untuk aktifkan lock tersebut sahaja.

Cuckoo King Top hanya boleh mengeluarkan air panas apabila butang child lock itu ditekan, sekali gus dengan nozel penekan air panas. Sekiranya butang lock tidak ditekan, air panas tidak akan keluar.

Bagi Cuckoo XCEL pula, hanya perlu menyentuh hutang HOT (paling atas) selama 3 saat untuk mengunci air panas. Manakala tekan butang COLD selama 7 saat untuk mengunci semua butang.

BEZA 8: KOS NCS

Kos NCS bagi Cuckoo King Top hanyalah sebanyak RM425. setahun manakala bagi Cuckoo XCEL adalah RM550 setahun.

Kos ini boleh dibayar selepas tamat tempoh kontrak sewa untuk dapatkan servis lanjutan.

Ia termasuklah servis, pertukaran filter dan waranti untuk tempoh 1 tahun.

BEZA 9: TEMPOH PERCUMA NCS

Cuckoo King TopPenapis Air Cuckoo King Top

Untuk Cuckoo King Top, kontrak paling panjang adalah 5 tahun manakala XCEL pula 7 tahun.

Ini bermakna tempoh percuma NCS bagi Cuckoo King Top adalah sehingga 5 tahun manakala XCEL hingga 7 tahun.

BEZA 10: PELAN BAYARAN BULANAN

Cuckoo King Top hanyalah serendah RM75.47 sebulan. Dan ini merupakan antara model paling di Cuckoo hingga hari ini.

Tempoh maksimum kontral rental Cuckoo King Top adalah selama 5 tahun.

Manakala Cuckoo XCEL pula hanyalah serendah RM70 sebulan selama 7 tahun. Khas bagi Cuckoo XCEL, pelanggan mempunyai pilihan untuk tamatkan kontrak pada tahun ke 5 sekiranya ambil kontrak 7 tahun.

Cuckoo King Top tiada pelan Outright atau pembelian tunai manakala Cuckoo XCEL boleh dibeli terus pada harga RM3700 dan pelanggan akan dapat sehingga 3 tahun servis, pertukaran filter dan waranti secara percuma.

BEZA 11: MANA LEBIH JIMAT?

Kita akan bandingkan pelaburan penapis air bagi kedua-dua model bagi tempoh 7 tahun

Cuckoo King Top

Rental 5 tahun: RM75.47 x 12 bulan x 5 tahun = RM4528.20
NCS 2 tahun: RM424.53 x 2 tahun = RM849.06

Total: RM4528.20 + RM849.06 = RM5377.26

Cuckoo XCEL

Rental 7 tahun: RM70 x 12 bulan x 7 tahun = RM5880

Perbezaan Cuckoo King Top & Cuckoo XCEL: RM5880 (XCEL) – RM5377.26 (King Top) = RM502.74

KESIMPULAN

Kedua-dua model penapis air ini adalah sesuai untuk pengguna yang mempunyai isi rumah sekitar 5 orang penghuni. Walaupun kedua-duanya adalah antara model terbaru dalam pasaran Malaysia, model XCEL merupakan antara model yang paling baru diperkenalkan di Malaysia pada tahun 2019 manakala King Top pada 2017.

Model XCEL mempunyai rekabentuk dan citarasa yang kelihatan lebih moden, minimalis dan futuristik berbanding King Top, dan ia juga mempunyai ciri-ciri yang terkini dengan menggunakan sistem sentuhan digital.

Bagi anda yang inginkan penapis air yang lebih versatil dengan design terkini, inginkan dapur yang kelihatan lebih minimalis, maka XCEL merupakan antara pilihan terbaik.

Manakala untuk anda yang inginkan penapis air yang lebih menjimatkan untuk jangka masa panjang, maka model King Top adalah model yang lebih sesuai untuk anda. 

Dapatkan King Top dan XCEL anda di bawah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Share artikel ini

Topik lain anda mungkin berminat

Cuckoo

Gangguan Bekalan Air Selangor September 2020

Baru-baru ini kita digemparkan dengan berita gangguan bekalan air di Selangor. Sebanyak 1,292 kawasan di tujuh wilayah di Selangor dan Kuala Lumpur mengalami gangguan bekalan …

Cuckoo
Cuckoo

Jimat RM1260,Promosi XCEL September 2020

Promosi Cuckoo kembali lagi untuk bulan September 2020. Penapis air cuckoo model XCEL ini biasanya berharga Rm100/bulan, kini dengan promosi ini anda hanya perlu membayar …

d-model
Cuckoo

Penapis Udara Terbaik Untuk Virus & Bakteria

Apabila negara dikejutkan dengan virus, penyakit yang merebak, maka ia sangat merisaukan setiap orang lebih-lebih lagi mereka yang mempunyai anak kecil di rumah. Kerisauan kita …

Penapis air Cuckoo
Hai saya Ainaa. Hubungi saya dengan menekan butan WhatsApp di bawah

Topik lain anda mungkin berminat

Gangguan Bekalan Air Selangor September 2020

Baru-baru ini kita digemparkan dengan berita gangguan bekalan air di Selangor. Sebanyak 1,292 kawasan di tujuh wilayah di Selangor dan Kuala Lumpur mengalami gangguan bekalan …

Baca Lagi →
Cuckoo

Jimat RM1260,Promosi XCEL September 2020

Promosi Cuckoo kembali lagi untuk bulan September 2020. Penapis air cuckoo model XCEL ini biasanya berharga Rm100/bulan, kini dengan promosi ini anda hanya perlu membayar …

Baca Lagi →
d-model

Penapis Udara Terbaik Untuk Virus & Bakteria

Apabila negara dikejutkan dengan virus, penyakit yang merebak, maka ia sangat merisaukan setiap orang lebih-lebih lagi mereka yang mempunyai anak kecil di rumah. Kerisauan kita …

Baca Lagi →

Apakah Kos & Bayaran Untuk Pasang Penapis Air/Udara Cuckoo?

Ramai yang bertanya kepada kami, apa kos untuk pasang produk Cuckoo di rumah? Adakah pelanggan perlu keluarkan sebarang duit sebelum pemasangan mana-mana produk Cuckoo di …

Baca Lagi →

Dapatkan Promosi Cuckoo King Top RM66.00 sebelum promosi tamat

:
:
:

Dapatkan Promosi King Top RM55.00