Apakah Kos Dan Bayaran Untuk Pasang Penapis Air/Udara Cuckoo?

Ramai yang bertanya kepada kami, apa kos untuk pasang produk Cuckoo di rumah?

Adakah pelanggan perlu keluarkan sebarang duit sebelum pemasangan mana-mana produk Cuckoo di rumah, termasuk penapis air, udara, penapis air luar rumah, periuk induksi dan periuk multi-cooker?

Dan adakah terdapat sebarang kos tersembunyi / hidden cost untuk pemasangan produk Cuckoo?

 

Saya senaraikan segala kos di bawah:

YURAN PENDAFTARAN (Tiada)

Untuk produk Cuckoo, anda tidak perlu membayar sebarang yuran pendaftaran. Ini kerana Cuckoo tidak cas pelanggan untuk pendaftaran.

 

YURAN PENGHANTARAN (Tiada)

Tiada sebarang yuran penghataran bagi pemasangan produk Cuckoo di seluruh Malaysia.

Tidak kira anda tinggal di Kuala Lumpur, Kelantan, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak dan mana-mana di seluruh Malaysia, anda tidak perlu bayar apa-apa kepada installer Cuckoo yang memasang produk di rumah anda.

 

YURAN PROSES / RPF (Rental Processing Fee)

Bagi yuran proses atau rental processing fee ini, saya akan pecahkan semuanya mengikut kategori:

a. Penapis Air & Udara – Tiada Yuran Proses (Yuran Proses bagi penapis air asalnya Cuckoo adalah sebanyak RM265. Namun, Cuckoo telah berikan pengecualian bagi yuran ini. Bermakna pelanggan tidak perlu bayar sebarang kos yuran proses)

b. Penapis Air Luar Rumah PRIME X1 – Tiada Yuran Proses (Yuran Proses bagi penapis air asalnya Cuckoo adalah sebanyak RM250. Namun, Cuckoo telah berikan pengecualian bagi yuran ini. Bermakna pelanggan tidak perlu bayar sebarang kos yuran proses.)

c. Dapur Induksi INDUCTRIO – Tiada yuran proses

d. Periuk Cuckoo M10 – Yuran Proses RM200

 

UPFRONT PAYMENT (Bayaran Pendahuluan)

Ini adalah bayaran wajib 1 bulan rental fee sebelum pemasangan produk Cuckoo di rumah pelanggan.

Jumlahnya bergantung kepada jenis dan kos bayaran bulanan produk yang dipilih.

Bayaran upfront payment ini adalah bayaran untuk bulan yang terakhir daripada tempoh kontrak pelanggan dengan Cuckoo.

Sebagai contoh, pelanggan mengambil kontrak bayaran RM98 sebulan bagi tempoh 36 bulan. Maka upfront payment ini adalah untuk bulan ke-36.

Bermakna apabila masuk bulan ke 36 nanti, pelanggan tidak perlu lagi membayar sebarang bayaran kepada Cuckoo.

Yuran ini dibayar terus ke akaun Cuckoo, dan bukan masuk ke akaun ejen. Ejen tidak mengambil sebarang bayaran daripada pelanggan.

 

CUCKOO ADA YURAN SERVIS?

Bagi kontrak rental, pelanggan akan dapat PERCUMA servis, pertukaran filter dan waranti sehingga tamat kontrak.

Sekiranya kontrak rental adalah selama 5 tahun, bermakna pelanggan akan dapat selama 5 tahun servis, pertukaran filter dan waranti secara percuma.

Servis akan diberikan setiap 4 bulan, dan dalam setahun akan tukar sebanyak 6 batang filter yang baru (penapis air).

Selepas tempoh kontrak tamat, pelanggan boleh dapatkan servis, pertukaran filter dan waranti dengan lakukan bayaran NCS (Natural Care Services) pada tahun tersebut.

Kos NCS ini adalah berbeza mengikut jenis produk. Sebagai contoh, Cuckoo Fusion Top hanya RM400 sahaja setahun.

Kos NCS boleh rujuk di sini https://www.cuckoo.com.my/natural-care-service

 

BAYARAN KEPADA EJEN? (Tiada)

Pelanggan tidak perlu membayar sebarang wang kepada ejen penapis air Cuckoo. Segala bayaran terus masuk ke akaun Cuckoo International (MAL) Sdn. Bhd.

Sekiranya ejen yang anda berurusan meminta anda untuk anda bayar ke akaun peribadinya, anda boleh laporkan kes ini terus kepada pihak HQ Cuckoo di 1800888181.

 

BAYARAN KEPADA INSTALLER?

Bagi kontrak rental, tiada sebarang bayaran akan dibuat kepada installer Cuckoo.

Hanya untuk tempahan secara outright/tunai, maka pelanggan ada pilihan untuk lakukan bayaran penuh terus kepada installer Cuckoo secara tunai atau menggunakan kad kredit/debit.

Categories: Cuckoo, Tips
X