Bayar Bil Penapis Air Cuckoo Dengan 2 Cara Online Ini

 

Hai semua!

Ainaa nak share bagaimana membuat bayaran bulanan CUCKOO melalui JomPAY dan Online Transfer. Untuk pembayaran Cuckoo, anda boleh membayar dengan 2 kaedah iaitu bayar terus ke akaun CIMB Cuckoo atau bayaran melalui Jompay.

CARA 1: ONLINE TRANSFER BANK CIMB CUCKOO

Untuk pembayaran terus ke akaun bank CIMB Cuckoo, anda perlu membayar seperti di bawah:

  • Transfer jumlah bayaran atau tunggakan ke CIMB 8602073101 (Cuckoo International (MAL) Sdn. Bhd.)
  • Selepas pembayaran, hantarkan bukti pembayaran ke email Cuckoo di sini payment@cuckoo.com.my
  • Letakkan nombor tempahan (order number anda) pada email tersebut.

Contohnya Menggunakan Maybank:

LANGKAH 1 Login maybank2u dan klik PAY&TRANSFER.

LANGKAH 2 Pilih Pay To JomPAY dan masukkan biller code CUCKOO 69435.

LANGKAH 3 Masukkan Ref 1, Sales Number bagi mesen penapis air, penapis udara atau produk CUCKOO lain Tuan/Puan.

LANGKAH 4 Masukkan Ref 2, no telefon bimbit anda.

LANGKAH 5 Masukkan amount yang anda hendak bayar.

LANGKAH 6 Klik agree di bahagian terms & conditions bayaran melalui JomPAY.

LANGKAH 7 Klik PAY dan masukkan no tac yang dihantar oleh maybank kepada no telefon bimbit.

Selasai!

 

 

CARA 2: Bayar Melalui JOMPAY

JomPAY adalah alternatif cara bayaran bulanan CUCKOO sekiranya anda telah menukar kad bank/kad kredit atau akaun bank. Bayaran melalui JomPAY boleh dilakukan melalui semua platform online banking seperti maybank2u dan CIMB Clicks. Bagi semua platform bank yang Tuan/Puan gunakan, terdapat 3 kod utama yang diperlukan, anda boleh catat nota sedikit.

1) Biller Code Biller Code bagi CUCKOO adalah 69435 bagi semua platform online banking.

2) Ref 1 Ref 1 adalah Sales Number bagi mesen penapis air, penapis udara atau produk lain CUCKOO.

Tidak pasti apa Sales Number bagi produk CuckooTuan/Puan? Tuan/Puan boleh hubungi agen semasa pembelian atau semak pada e-mail atau semak pada applikasi CUCKOO + atau hubungi CUCKOO Hotline.

3) Ref 2 Anda boleh meletakkan no telefon bimbit anda.

 

Cara bayaran dengan JomPay adalah lebih mudah

  • Login ke sistem perbankan online anda
  • Pilih pembayaran melalui JomPay
  • Info yang diperlukan seperti di bawah:

A. Biller code : 69435
B. Ref 1 : Nombor tempahan anda (Your sales order no)
C. Ref 2 : Nombor telefon anda (Your Contact Number)

Selepas bayaran, selesai! Anda tidak perlu menghantar sebarang bukti pembayaran kepada Cuckoo.

Penting! Pastikan nombor tempahan yang anda isikan adalah tepat.

Itu sahaja. Nak dapatkan promosi Cuckoo yang terbaru? Klik sini

Categories: Cuckoo
X