Cuckoo Sediakan Penapis Air Untuk Pusat Kuarantin

CUCKOO International (MAL) Sdn Bhd (CUCKOO) membantu melengkapkan pusat kuarantin sementara yang terletak di Kompleks Sukan Likas dengan kemudahan penapis air secara percuma.

Sebelum ini, CUCKOO juga telah melengkapi pusat kuarantin di MAEPS Serdang, yang menjadikan nilai keseluruhan kemudahan penapis air dan penapis udara yang disumbangkan sehingga mencecah lebih RM200,000. Ketua Pengarah Eksekutif CUCKOO, Hoe Kian Choon berkata, sokongan yang diberikan itu adalah sebahagian daripada usaha syarikat itu dalam membantu kerajaan menangani wabak Covid-19. Katanya, Ini adalah usaha kedua di pusat kuarantin sementara yang dilengkapi dengan penapis air CUCKOO yang bersih dan berkualiti.

“CUCKOO berasa amat berbesar hati kerana diberikn peluang oleh Kementerian Belia dan Sukan Sabah untuk melengkapkan pusat kuarantin Kompleks Sukan Likas ini dengan kemudahan penapis air kami.

“Seiring dengan falsafah ‘Beyond Standards’, kami berharap dapat terus memberikan sokongan dan perkhidmatan bagi membantu Malaysia menangani wabak COVID-19,” katanya dalam kenyataan media yang dikeluarkan, hari ini.

Hoe berkata, sejak mula penularan wabak COVID-19, CUCKOO melalui kempen Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) – ‘CUCKOO Cares’, telah giat memberi sokongan kepada kerajaan dan rakyat Malaysia untuk mewujudkan kesedaran dalam menangani wabak berkenaan.

Untuk rekod, sebelum ini Kerajaan Negeri mengumumkan peruntukkan sebanyak RM2 juta untuk mengubahsuai dewan Kompleks Sukan Likas sebagai sebuah kemudahan sementara untuk mengendalikan pesakit Covid-19.

Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dalam pengumuman itu berkata, pengubahsuaian dewan berkenaan akan menjadi satu cawangan Hospital Queen Elizabeth bagi menampung penempatan dan pusat penjagaan tambahan ekoran jangkaan peningkatan kes Covid-19. Kemudahan pusat kuarantin baru yang dilengkapi dengan katil dan kemudahan awam lain itu dikatakan mampu menampung kira-kira 170 pesakit dalam satu masa.

Categories: Cuckoo, Penapis Air
X