King Top

Perbezaan Antara Cuckoo King Top Dan Cuckoo Fusion Top

Hai semua! Saya ingin berkongsi kepada anda perbandingan antara dua model penapis air Cuckoo iaitu antara Cuckoo King Top dan Cuckoo Fusion Top. Saya membuat perbandingan antara dua model ini kerana kedua model ini berada hampir pada kelas yang sama,iaitu hampir sama fungsinya,dan pelanggan saya sering bertanya apa perbandingan antara dua model ini. Jadi artikel ini saya kongsikan supaya anda mendapat bayangan awal sebelum membuat keputusan memilih model yang mana. Sebelum saya meneruskan perbandingan antara dua model ini,eloklah saya menyenaraikan persamaan antara kedua-dua model ini dahulu suapaya kita dapat melihat apa perbezaannya dengan lebih jelas. PERSAMAAN 1.Jenis Mekanikal Model penapis air Cuckoo King Top dan Cuckoo Fusion Top keduanya menggunapakai sistem mekanikal iaitu anda hanya perlu menekan butang/nozel pada penapis air ini untuk mengeluarkan air.Tekan nozel di kanan untuk air sejuk atau untuk air panas anda perlu menekan nozel di bahagian kiri. 2.JENIS FILTRATION :NANO POSITIVE FILTRATION Cuckoo King Top dan Cuckoo Fusion Top menggunakan sistem penapisan Nano Positive Filtration dengan menghasilkan air bermineral beralkali ringan (Mid alkaline). Kedua-dua model ini menggunakan 4 jenis filter iaitu :
  1. Sediment Filter– ditukar setiap 4 bulan
  2. Pre Carbon Filter – ditukar setiap 8 bulan
  3. Natural Filter – ditukar setiap 12 bulan
  4. Nano Positive Filter – ditukar setiap 12 bulan
3.JENIS TANGKI : ANTIBACTERIAL STAINLEES STEEL Cuckoo Tangki yang digunakan adalah dari jenis antibacterial stainless steel.Material yang digunakan untuk tangki air ini adalah tahan karat dan selamat dari pembiakan bakteria.Setiap 4 bulan,Cuckoo Natural Doctress akan datang melakukan servis terhadap penapis air anda dan mereka akan menggunakan teknologi steam sterilization untuk membersihkan dan memastikan penapis air Cuckoo anda bersih,bebas dari kulat,kuman,bakteria dan pelbagai bahan yang tidak sihat. 4.SAFETY CHILD LOCK Safety child lock amat penting demi keselamatan lagi-lagi jika dirumah anda terdapat anak kecil.Cuckoo King Top dan Cuckoo Fusion Top keduanya mempunyai fungsi ini dan antara fungsi penting bagi setiap penapis air yang menawarkan air panas. PERBEZAAN  Sekarang kita terus ke perbezaan antara kedua-dua model ini.Dapat dilihat tiada perbezaan ketara antara fungsi kedua model ini,sebaliknya lebih kepada apa yang ditawarkan.Berikut antara perbezaan antara model Cuckoo King Top dan Cuckoo Fusion Top. 1.KAPASITI King Top –Cuckoo King Top
  • Tangki Air Sejuk: 1.0 Liter
  • Tangki Air Panas: 1.0 Liter
  • Tangki Suhu Bilik: 0.3 Liter
Fushion Top –Cuckoo Fusion Top
  • Tangki Air Sejuk: 2.0 Liter
  • Tangki Air Panas: 1.4 Liter
  • Tangki Suhu Bilik: 0 Liter
Terdapat perbezaan sedikit antara saiz tangki yang ditawarkan dan perbezaan ketara adalah bagi penapis air Cuckoo Fusion Top tiada tangki untuk air pada suhu bilik.Namun ini tidak menjadi masalah dimana anda boleh meminta untuk dipasang satu tiub khas untuk mengeluarkan air pada suhu bilik tanpa had dan pemasangan tiub ini adalah PERCUMA. 3.RENTAL PLAN Cuckoo King Top Untuk model Cuckoo King Top,Cuckoo menawarkan pelan Cuckoo Good Plan melalui pemilihan pembayaran fleksibel selama 18 bulan hinggalah 84 bulan.Selepas tamat kontrak pembayaran penapis air tersebut akan menjadi hak milik anda. Cuckoo Fusion Top Untuk Cuckoo Fusion Top pelan pembayarannya adalah seperti berikut :
  • Tahun 1 – RM103.88/bulan
  • Tahun 2 – RM103.88/bulan
  • Tahun 3 – RM103.88/bulan
  • Tahun 4- RM84.80/bulan
  • Tahun 5- RM84.80/bulan
Selepas tamat kontrak pembayaran penapis air tersebut akan menjadi hak milik anda. 4.OUTRIGHT Cuckoo tidak menawarkan pelan outright atau pembelian secara cash untuk model Cuckoo King Top,manakala untuk model Cuckoo Fusion Top anda boleh membeli secara cash pada harga RM 3392.00. Dengan pembelian secara outright anda akan menerima freegift iaitu :
  •  FREE servis 1 + 1 tahun
  • FREE MAX Blender terbaru Cuckoo bernilai RM1500/unit –> Promosi tamat 31 Mac 2018
5.PEMASANGAN DI PEJABAT Untuk model Cuckoo King Top,anda hanya boleh memasangnya dirumah sahaja atau jika ingin memasang dirumah kedai,hanya rumah yang berdaftar secara Enterprise sahaja yang boleh memasang Cuckoo King Top di rumah. Premis kedai yang berdaftar dengan Sdn. Bhd. tidak layak untuk memasang penapis air Cuckoo King Top. Bagi penapis air Cuckoo Fusion Top pula, anda boleh pasang di rumah atau pejabat. Pemasangan penapis air Cuckoo Fusion Top di pejabat yang berdaftar Sdn. Bhd. hanya memerlukan beberapa dokumen sokongan sahaja seperti SSM dan rental agreement sewa  lot kedai. 6.KOS NCS Natural Care Service atau NCS adalah satu inisiatif Cuckoo dalam memberikan servis terbaik kepada pemilik Cuckoo bagi memastikan air yang anda minum sentiasa yang terbaik. Servis NCS adalah termasuk: Servis penapis air, pertukaran filter, 15 point check, waranti, customer services dan sebagainya.Anda akan menikmati servis NCS ini selama mana anda masih berada dalam kontrak rental.Untuk pembelian secara outright pula,anda akan menerima servis percuma selama 2. Selepas tamat tempoh rental/servis,anda perlu menanggung kos seperti berikut :
  • Cuckoo King Top – RM450/tahun
  • Cuckoo Fusion Top – RM424/tahun
Kos servis penapis air Cuckoo Fusion Top adalah lebih murah iaitu hanya RM424/tahun. Jimat sebanyak RM26.

Perhatian: Pembayaran NCS ini adalah secara tahunan dan bukan dibayar setiap kali servis.

Kesimpulannya,antara dua model ini iaitu Cuckoo King Top dan Cuckoo Fusion Top,tiadanya perbezaan yang ketara.Jika anda mempunyai bajet yang lebih anda boleh mengambil model Cuckoo Fusion Top manakala jika bajet anda sederhana digalakkan mengambil model Cuckoo King Top melalui pelan Cuckoo Good Plan.Jadi,Tanya bajet anda serta keperluan anda yang mana lebih sesuai dengan anda.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Share artikel ini

Topik lain anda mungkin berminat

Iris Top
Cuckoo

Cara Setting Cuckoo IRIS TOP

Mungkin ramai tidak tahu bagaimana untuk setting IRIS TOP mereka di rumah. Jangan risau. Saya akan menolong anda dengan video di bawah. Terima kasih kepada …

Cuckoo

Gangguan Bekalan Air Selangor September 2020

Baru-baru ini kita digemparkan dengan berita gangguan bekalan air di Selangor. Sebanyak 1,292 kawasan di tujuh wilayah di Selangor dan Kuala Lumpur mengalami gangguan bekalan …

Cuckoo
Cuckoo

Jimat RM1260,Promosi XCEL September 2020

Promosi Cuckoo kembali lagi untuk bulan September 2020. Penapis air cuckoo model XCEL ini biasanya berharga Rm100/bulan, kini dengan promosi ini anda hanya perlu membayar …

Penapis air Cuckoo
Hai saya Ainaa. Hubungi saya dengan menekan butan WhatsApp di bawah

Topik lain anda mungkin berminat

Iris Top

Cara Setting Cuckoo IRIS TOP

Mungkin ramai tidak tahu bagaimana untuk setting IRIS TOP mereka di rumah. Jangan risau. Saya akan menolong anda dengan video di bawah. Terima kasih kepada …

Baca Lagi →

Gangguan Bekalan Air Selangor September 2020

Baru-baru ini kita digemparkan dengan berita gangguan bekalan air di Selangor. Sebanyak 1,292 kawasan di tujuh wilayah di Selangor dan Kuala Lumpur mengalami gangguan bekalan …

Baca Lagi →
Cuckoo

Jimat RM1260,Promosi XCEL September 2020

Promosi Cuckoo kembali lagi untuk bulan September 2020. Penapis air cuckoo model XCEL ini biasanya berharga Rm100/bulan, kini dengan promosi ini anda hanya perlu membayar …

Baca Lagi →
d-model

Penapis Udara Terbaik Untuk Virus & Bakteria

Apabila negara dikejutkan dengan virus, penyakit yang merebak, maka ia sangat merisaukan setiap orang lebih-lebih lagi mereka yang mempunyai anak kecil di rumah. Kerisauan kita …

Baca Lagi →

Dapatkan Promosi Cuckoo King Top RM66.00 sebelum promosi tamat

:
:
:

Dapatkan Promosi King Top RM55.00