Cuckoo

Punca Sakit Buah Pinggang

Punca Sakit Buah Pinggang – Tabiat-Tabiat Yang Akan Merosakkan Buah Pinggang

Kita nak berbincang kenapa buah pinggang sangat penting dalam tubuh badan kita. Buah pinggang yang sihat sangat-sangatlah penting kepada kesihatan tubuh badan kita.

Buah pinggang ini berfungsi untuk :-

–         menapis darah,

–         menghasilkan hormon,

–         menyerap mineral,

–         menghasilkan air kencing,

–         menyahtoksin dan

–         meneutralkan asid.

Sebagai salah satu daripada organ yang paling penting dalam tubuh kita, buah pinggang perlu dijaga dengan sebaiknya.

Sakit buah pinggang dan buah pinggang yang rosak biasanya tak dapat dikenal-pasti permasalahannya sehinggalah berlarutan bertahun-tahun kerana buah pinggang masih mampu melakukan fungsinya walaupun hanya tinggal cuma 20% berfungsi daripada kemampuan asalnya. Sebab itu juga kita selalu dengar ada orang mendermakan satu dari dua buah pinggangnya untuk orang lain kerana dengan satu saja pun dah mampu untuk berfungsi menjaga kesihatan tubuh badan kita.

Mungkin sebab ni lah ramai yang lambat perasan tentang masalah sakit buah pinggang yang mereka hidapi dan ramai juga yang tak tahu tentang apa yang jadi punca sakit buah pinggang ni. Sakit buah pinggang juga dikenali dengan nama pembunuh senyap (silent killer). Jadi, sangatlah penting untuk menjaga kesihatan buah pinggang sebelum terlambat.

Saya senaraikan beberapa-beberapa perkara utama yang boleh menjadi punca sakit buah pinggang dan mempengaruhi tahap kesihatan buah pinggang.

TIDAK MINUM AIR YANG CUKUP

Fungsi paling penting buah pinggang ialah menapis darah dan menyahtoksin serta bahan buangan. Tapi apabila kita tidak minum air yang mencukupi, toksin dan bahan buangan tu akan mula menimbun dan boleh menyebabkan kerosakan pada buah pinggang dan juga organ lain dalam tubuh kerana keupayaan untuk memproses menjadi sangat tidak lancar sebab kekurangan cecair. Jadi air adalah sangat-sangat penting untuk menjaga buah pinggang kita agar ia dapat bertahan lama serta memproses secara optimum.

DIET TINGGI GARAM (SODIUM)

Tubuh kita memerlukan garam (sodium) untuk berfungsi dengan baik. Tetapi kebanyakan daripada kita mengambil garam yang berlebihan dalam diet yang boleh menyebabkan tekanan darah tinggi dan memberikan tekanan dan bebanan yang tinggi kepada buah pinggang.

PERATURAN PENTING yang perlu diingat ialah,MAKAN TIDAK LEBIH DARIPADA 5 GRAM GARAM SEHARI.

SELALU BERTANGGUH MEMBUANG AIR KECIL (MENAHAN KENCING)

Ramai diantara kita yang jarang ambil peduli bila rasa nak kencing terutama bila terlalu sibuk atau nak mengelak daripada menggunakan tandas awam. Kerap menahan kencing akan meningkatkan tekanan urin dan boleh membawa kepada masalah kegagalan buah pinggang dan batu karang. Jadi, bila rasa nak kencing tu seeloknya jangan bertangguh.

PENGAMBILAN GULA BERLEBIHAN

Kajian saintifik menunjukkan bahawa orang yang mengambil 2 atau lebih air bergula setiap hari adalah lebih berisiko untuk mendapat masalah protein dalam air kencing. Protein dalam air kencing adalah tanda awal yang menunjukkan bahawa buah pinggang kita tidak berfungsi seperti yang sepatutnya. Contoh air bergula ini seperti 100 Plus, jenis minuman soda… sprite, pepsi, coca cola dan seumpamanya. Jenis minuman 3 in 1 juga ada yang berketegorikan ini.

KEKURANGAN VITAMIN DAN MINERAL PENTING

Mengamalkan diet yang betul adalah sangat-sangat penting untuk mengekalkan vitamin dan mineral dalam tubuh badan. Kebanyakkan mineral dan vitamin ini ada dalam sayuran segar dan buah-buahan. Ia adalah sangat penting kepada kesihatan menyeluruh dan memastikan fungsi buah pinggang berjalan dengan baik. Kekurangan vitamin dan mineral boleh meningkatkan risiko batu karang dan menjadi punca utama sakit buah pinggang.

Vitamin B6 dan magnesium adalah contoh VITAMIN PENTINGuntuk mengurangkan risiko batu karang.

MENGAMBIL SUMBER PROTEIN DARIPADA HAIWAN SECARA BERLEBIHAN

Terlalu banyak makan dari sumber haiwan seperti daging (red meat) akan menambah muatan metabolik pada buah pinggang dan meningkatkan protein dalam badan. Jadi, semakin banyak protein yang diambil maka semakin teruklah buah pinggang terpaksa bekerja dan ini akan membawa kepada masalah kerosakan dan punca sakit buah pinggang atau kegagalan terus.

TIDAK CUKUP TIDUR

Semua orang tahu yang tidur yang cukup dan berkualiti pada malam hari adalah sangat penting. Masalah gangguan tidur yang kronik selalu dikaitkan dengan banyak masalah kesihatan termasuklah sakit buah pinggang. Semasa tidur pada waktu malam, tubuh kita ‘memperbaiki’ kerosakan tisu buah pinggang, jadi kita kena berikan masa untuk tubuh kita sembuh (heal) dan repair dengan sendiri tanpa gangguan.

SUKA MINUMAN BERKAFEIN 

Seperti garam, kafein juga boleh menjadi punca sakit buah pinggang kerana kafein akan meningkatkan tekanan darah dan menyebabkan tekanan berlebihan kepada buah pinggang.Pengambilan kafein yang berlebihan bagi tempoh yang lama boleh menyebabkan kerosakan pada buah pinggang.

Bukan hanya kopi sahaja yang mengandungi kafein, minuman ringan dan teh juga turut mengandungi kafein. Minimakan pengambilan kafein demi kesihatan anda

PENYALAHGUNAAN PIL TAHAN SAKIT (PAINKILLER)

Ramai orang yang sakit sikit-sikit pun suka ambil pil tahan sakit sedangkan ada banyak cara lain yang lebih selamat untuk mengatasi kesakitan tersebut. Pengambilan pil tahan sakit yang berlebihan akan menyebabkan kerosakan hati dan buah pinggang yang teruk.

PENGAMBILAN ALKOHOL

Alkohol digelar sebagai ‘legal toxin’ yang boleh menyebabkan tekanan yang berlebihan kepada buah pinggang dan hati.

PENGAMBILAN MAKANAN BERASID

Kurangkan pengambilan makanan-makanan yang jenis asid. Kerana makanan berasid penyebab tubuh badan bertukar jadi asid yang sangat tidak bagus untuk tubuh badan.

Nasihat yang sangat penting di sini amalkan minum air berakali kerana air yang berakali dapat membantu kesihatan buah pinggang. Bila pemakanan kita semuanya berasid maka risiko buah pinggang rosak sangat-sangat tinggi.

Air Berakali juga ada beberapa jenis dan yang terbaiknya adalah Air Alkali BerIon di mana air ini adalah air yang terhasil dari proses Ionization menggunakan proses elektrolisis. Ini lebih baik kerana kalau air alkali yang dijadikan dengan penapisan ia akan ada mineral tambahan yang terhasil dalam air. Namun kalau proses elektrolisis ia dapat mengurangkan penambahan mineral.

JAGA BUAH PINGGANG ANDA. SIHATKAN IA DENGAN MENGELAKKAN PERKARA-PERKARA YANG DIBINCANGKAN DI ATAS…. MAUPUN ANDA TIDAK RASA AKAN PERMASALAHANNYA HARI INI .

Yang paling mudah minum air yang betul dan minum banyak. Saya menggalakkan anda minum Air dari Mesin Kangen kerana ia adalah mesin pengeluar air yang terbaik dan ia boleh memberikan kesihatan dan mengekalkan kesihatan yang baik kepada tubuh badan. Anda cuba ubah dengan minum air ini… anda akan rasa sendiri keberkesanannya setelah mencuba…. Jangan leka dan jangan terlewat…anda masih ada waktu lagi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Share artikel ini

Topik lain anda mungkin berminat

Iris Top
Cuckoo

Cara Setting Cuckoo IRIS TOP

Mungkin ramai tidak tahu bagaimana untuk setting IRIS TOP mereka di rumah. Jangan risau. Saya akan menolong anda dengan video di bawah. Terima kasih kepada …

Cuckoo

Gangguan Bekalan Air Selangor September 2020

Baru-baru ini kita digemparkan dengan berita gangguan bekalan air di Selangor. Sebanyak 1,292 kawasan di tujuh wilayah di Selangor dan Kuala Lumpur mengalami gangguan bekalan …

Cuckoo
Cuckoo

Jimat RM1260,Promosi XCEL September 2020

Promosi Cuckoo kembali lagi untuk bulan September 2020. Penapis air cuckoo model XCEL ini biasanya berharga Rm100/bulan, kini dengan promosi ini anda hanya perlu membayar …

Penapis air Cuckoo
Hai saya Ainaa. Hubungi saya dengan menekan butan WhatsApp di bawah

Topik lain anda mungkin berminat

Iris Top

Cara Setting Cuckoo IRIS TOP

Mungkin ramai tidak tahu bagaimana untuk setting IRIS TOP mereka di rumah. Jangan risau. Saya akan menolong anda dengan video di bawah. Terima kasih kepada …

Baca Lagi →

Gangguan Bekalan Air Selangor September 2020

Baru-baru ini kita digemparkan dengan berita gangguan bekalan air di Selangor. Sebanyak 1,292 kawasan di tujuh wilayah di Selangor dan Kuala Lumpur mengalami gangguan bekalan …

Baca Lagi →
Cuckoo

Jimat RM1260,Promosi XCEL September 2020

Promosi Cuckoo kembali lagi untuk bulan September 2020. Penapis air cuckoo model XCEL ini biasanya berharga Rm100/bulan, kini dengan promosi ini anda hanya perlu membayar …

Baca Lagi →
d-model

Penapis Udara Terbaik Untuk Virus & Bakteria

Apabila negara dikejutkan dengan virus, penyakit yang merebak, maka ia sangat merisaukan setiap orang lebih-lebih lagi mereka yang mempunyai anak kecil di rumah. Kerisauan kita …

Baca Lagi →

Dapatkan Promosi Cuckoo King Top RM66.00 sebelum promosi tamat

:
:
:

Dapatkan Promosi King Top RM55.00